Saturday, November 08, 2014

Kerajaan Perihatin adalah Kerajaan Yang Tidak Bersungut Dengan Rungutan

Justeru itu, kerajaan yang perihatin dan kerajaan berjiwa rakyat kena perihatin. Bukan masalah jumlah sms tu. Masalah pokok adalah aduan orang tentang kebersihan. Oleh itu, kena buat sesuatu agar kerajaan PR nampak dan berbeda dengan 


Sehari Lapor Sampah Tidak Dikutip

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 7:48 PM
  (Ubah saiz teks)
SEPANG: Menteri Besar Selangor, Azman Ali mendakwa telah menerima hampir 1,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh sehari selepas mempelawa penduduk negeri tersebut memaklumkan terus kepadanya mengenai masalah sampah yang tidak dikutip.
Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan jumlah tersebut kerana mensasarkan lebih banyak SMS sepatutnya diterima selepas membuat pelawaan berkenaan.
"Inilah sebenarnya yang rakyat mahukan dari kami...mahu sampah dikutip.
"Mereka tidak tanyakan tentang projek (tender). Mereka hanya mahukan kawasan perumahan yang bersih," katanya ketika menghadiri perhimpunan bulanan agensi-agensi kerajaan di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, Jumaat.
Pada Rabu lalu, Azmin telah memberikan nombor telefon bimbitnya menerusi laman sosial Twitter dengan berkata,"Kalau anda nampak ada sampah belum kutip, anda text saya. Ini nombor saya, 012-2052020. Saya mahu Selangor Bersih!."
Beliau menambah, kesemua SMS tersebut telah dihantar kepada pihak berkuasa tempatan mengikut kawasan masing-masing dan akan memastikan tindakan diambil secepat mungkin.
"Ini merupakan usaha berterusan dalam tempoh tiga bulan dan selepas itu kita akan berusaha memastikan kawasan perumahan menjadi bersih.
"Saya sentiasa mengharapkan lebih banyak SMS diterima selepas ini," ujar Azmin.

No comments: