Sunday, November 16, 2014

APA DIA DAN DEPA BUAT ...... -Pak Samad

Apa dia dan depa buat ............ ?

Tanah rezab Melayu terancam ........
Biasiswa Melayu ternacam....menjadi pinjaman
Pinjaman PTPTN jadi separuh pinjaman........ isunya peminjam LIAT
Benarkah... Betulkah.....
Pemimpin LIAT bayar hutang dan diHAPUSKIRA
Pemimpin MEMINJAM demi negarakah.................





Jangan taksub dakwaan 'Melayu terancam'

Jangan taksub dakwaan 'Melayu terancam'
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

“Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual.

No comments: