Wednesday, October 08, 2014

Cerita Sedih Insan Yang Memilih ISLAM sebagai WAY OF LIFE

Pada usia 18thn dgn berlatar belakangkan agama Hindu dan Kristian, Mohanakumar sudah pun berjinak-jinak dengan Islam. Dia dikelilingi rakan-rakan yang beragama Islam. Itu membuat beliau begitu berkeinginan untuk menjadi seorang Muslim.

Namun demikian beliau akur dengan kehendak keluarga dan terpaksa memendam hasrat beliau tersebut. Mohanakumar melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Maktab Perguruan di Perak. Dia akhirnya ditempatkan di salah sebuah sekolah di Kedah sebagai seorang guru.

Kisah suka duka Mohanakumar yang memilih Islam
Mohanakumar berkahwin dengan seorang wanita yang beragama Kristian dan dikurniakan 2 orang cahayamata. Setelah beberapa tahun beliau meletak jawatan sebagai guru. Dia bersama isteri membuka sebuah Pusat Tuisyen

Namun pusat tuisyen itu gagal dan dia memilih untuk berkerja dengan sebuah syarikat swasta. Hasrat Mohanakumar utk menjadi seorang Muslim masih belum terkubur malah keinginannya mula bertambah

Mohanakumar Memeluk Agama Islam

Anak-anaknya disuruh untuk mempelajari agama Islam di sekolah masing-masing. Walaupun sering dibantah oleh isterinya, Mahonakumar memberi alasan 'biar mereka mengenal agama lain'.

Setelah sekian lama memendam hasrat akhirnya pada tahun 2011 Mohanakumar mengucap dua kalimah Syahadah.Semua kawan-kawan yang beragama Islamnya merasa gembira kerana sahabat lama mereka kini adalah seorang Muslim. Kini Mohanakumar dikenali sebagai Malik Azimi

Lalu bermulalah episod baru dalam hidup Malik, sebuah episod yang menjanjikan warna-warna indah dengan teman-teman di sekeliling. Kebahagian berada di jalan yang benar membuatkan Malik begitu yakin dan bersyukur.

Dibantah Oleh Isteri Dan Keluarga

Namun segalanya berubah. Selepas beberapa minggu merahsiakan Syahadah, Malik mula berdepan dengan isterinya untuk memaklumkan keputusannya itu.

Dengan harapan isterinya sudi terima atau sekurang-kurangnya memberi ruang padanya untuk menjelaskan tindakannya. Namun segalanya hancur. Isteri dan keluarga telah menentang sekeras-kerasnya keputusan Malik

Dihalau Keluar Rumah

Akhirnya Malik telah diminta untuk keluar dari rumahnya. Malik, tanpa sebarang bantahan akur agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Dia keluar dari rumah dan memulakan hidup baru bersendirian.

Setelah beberapa kali bertukar kerjaya di Kedah dan Pulau Pinang, Malik membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Disana kehidupan Malik mula stabil dan tenang. Namun begitu ianya tidak lama.

Anak-Anak Mahu Ikut Jejak Bapa

Anak-anak Malik yang sudah pun terdedah dengan Islam ketika di sekolah sekolah masing-masing kini ingin mengikut langkahnya. Malik berpesan pada anak-anaknya agar membuat keputusan untuk memeluk Islam hanya selepas berumur 18 tahun.

Lalu pada tahun 2013 anak sulungnya Thenesh telah menyuarakan hasrat untuk memeluk agama Islam. Malik yang ketika itu berada di Kuala Lumpur mula gelisah. Jika Thenesh memeluk Islam adakah bekas isterinya, iaitu ibu Thenesh, akan setuju? Thenesh masih tinggal bersama dengan ibunya itu di Kedah.

Anak Masuk Islam Dan Dihalau Pula

Kerisauaan Malik menjadi nyata. Thenesh yang masih muda untuk memahami masalah yang bakal dihadapinya secara tidak sengaja telah memaklumkan pada ibunya tentang hasratnya untuk memeluk Islam.

Apa lagi!, seorang ibu yang masih menaruh dendam terhadap bekas suaminya itu telah lakukan perkara yang sama dilakukannya, iaitu menghalau Thenesh keluar dari rumah dan mengikuti bapanya yang beragama Islam.

Malik yang jauh di Kuala Lumpur sudah tidak tahu untuk berbuat apa, dia buntu. Dia lalu menghubungirakan-rakan beragama Islamnya untuk meminta bantuan dan nasihat. Malang tidak ada sesiapa yang dapat membantu.

Thenesh terpaksa tinggal di rumah datuknya, iaitu bapa kepada Malik, sebelum Malik mengambil cuti beberapa hari untuk bersama anaknya itu.

Thenesh adalah pelajar cemerlang di sekolahnya. Ketika di tingkatan 3 beliau telah dipilih untuk program pertukaran pelajar ke Jepun. Guru-guru disekolah beliau sangat menyayanginya. Malik juga mempunyai hubungan yang rapat dengan para guru dan pengetua sekolah tersebut.

Usaha Mendapatkan Keluarga Angkat Untuk Anak

Malik sangat berharap agar pihak sekolah dapat membantu Thenesh untuk mendapatkan keluarga angkat Islam. Tapi malangnya tiada seorang pun guru yang sudi membantu. Malik beralih memohon bantuan kepada beberapa orang ustaz di pejabat agama, juga tiada bantuan.

Malik perlu selesaikan masalah Thenesh dengan segera, Belau perlu kembali ke KL untuk berkerja, tapi tiada siapa yang dapat membantunya selesaikan masalah anaknya itu. Apa yang Malik perlu hanya keluarga angkat untuk Thenesh dan itupun hanya untuk 3 bulan sahaja.

Terpaksa Berhenti Kerja

Jangkamasa yang Malik rasa cukup untuk beliau minta ditukarkan ke Kedah. Tapi segalanya gagal. Tiada bantuan utuknya dan tiada bantuan juga untuk anaknya. Maka jalan terakhir yang diambil adalah berhenti kerja.

Satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi anak yang ingin mengikut jejaknya. Masalah barupun bermula. Malik hidup tanpa bantuan saudara-saudara Islam. Semuanya disandarkan pada keluarganya yang bukan Islam.

Ibu dan bapa Malik sering menghinanya, "sudahlah engkau di lembah hina kini engkau heret anak engkau pula" itu antara kata-kata mereka.

Tiada pekerjaan, tiada pendapatan, tiada kasih sayang, tiada keperihatinan, dijemput ke dunia kebenaran Islam tapi tertinggal kesepian. Terlalu sukar utntuk menggambarkan ujian yang dilalui Malik.

Cuba Murtad Untuk Dapatkan Bantuan

Sehingga pada satu ketika beliau turut memohon untuk MURTAD. Ada pihak Kristian yang menawarkan rumah, kereta dan perkerjaan. Apa yang Malik perlu buat cuma dapatkan surat dari Jabatan Agama mengesahkan beliau sudah keluar Islam.

Walaupun Malik ada memohon untuk dapatkan surat tersebut namun jauh disudut hatinya beliau masih tetap cintakan agama Islam. Surat itu hanya sebagai sandaran agar beliau mendapat bantuan dari pihak Kristian. Namun demikian Jabatan Agama berjaya memujuk Malik.

Pelbagai andaian boleh kita ungkapkan apabila membaca kisah ini. Namun yang melalui semua ini hanya dirinya sendiri. Trauma kejadian masih ada sehingga kini. Pada bulan Ogos tahun ini, anak Malik, Thenesh telah mengucap Syahadah

Kini Thenesh berusia 19thn dan mengikut jejak ayahnya. Thenesh menuntut di Maktab Perguruan di Pulau Pinang. Thenesh masih gelisah terhadap bapanya.Bapanya masih belum punyai perkerjaan.

Usaha Membantu Malik Oleh MyIKUT

myIKUT kini sedang membantu Malik mengembalikan keyakinanya terhadap Agama dan kehidupan. Sedikit demi sedikit Malik mula nampak yakin. Malik kini bergiat dengan kerja-kerja dakwah dan perkongsian bersama myIKUT.

myIKUT juga sedang dalam usaha untuk mendapatkan perkerjaan buat Malik. Malik kini berusia 48thn dan pekerjaan terakhirnya sebagai Pembantu Pengurus Ar-Rahnu di KL.

Misi seterusnya adalah agar Malik Azimi dapat membawa anak bongsunya pula kepada Islam, anak ini 14thn sudah pun bersedia utk mengikut jejaknya sebagai seorang Muslim.

Baru-baru ini myIKUT dengan kerjasama beberapa NGO Islam Pulau Pinang telah membantu membayar ansuran kereta Malik yang tertunggak selama 5 bulan. Kereta ini sebagai kenderaan yang penting untuk menyatukan beliau dan anak-anaknya.

Malik Perlukan Pekerjaan

Malik juga banyak berhutang dengan keluarga beliau. Agar Islam tidak dipandang rendah beliau perlu menjelaskan hutang-hutang ini. Mendapatkan kerja adalah jalan penyelesaian.

Inilah rentetan kehidupan Saudara Baru, myIKUT akan cuba membawa banyak lagi kisah-kisah seumpama ini untuk pengetahuan umum. Semoga kisah ini memberi ikhtibar kepada kita. Sesungguhnya mereka ini adalah insan PILIHAN.

Dan kitalah yang dipertanggungjawabkan utk mereka....walllahuallam.

Akaun no: 5571 3923 0356
Bank: Maybank
Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)  

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Semoga kita berkongsi pelaburan kita di dunia ini untuk mendapat ganjarannya di sana nanti...aaaminn.

No comments: