Monday, September 29, 2014

Pemimpin PAS cepat merajuk...macam mana mahu maju ?

Lazimnya TGNA keraap memberi analogi mudah dan motivasi mantiq. Petugas PAS sering mengeluh setiap kali pilihanraya Umno kerjnya adalah menipu. Jawapan mudah TGNA kenapa PAS mudah kenapa tipu Umno adalah kerana PAS Bodoh.

Begitu juga dengan keluhan anaknya Ust Nik Abduh bahawa PAS \sering dibuli, Jawapannya kena terima PAS itu LEMAH dan tidak cerdik sebab itulah dibuli.

Jika beginilah semua pimpinan PAS yang mudah terasa dan tersinggung serta cepat merajuk, macam mana PAS mahu maju.

PAS kena berjiwa besar, sebab kita bukan setakat mahu lawan Umno tetapi AS ???



Kena Buli: Pemuda PAS Kelantan desak Nik Abduh jaga emosi

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan. "PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.  "Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri. "Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS. "Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya. Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.


"Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen. "Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya. Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP. Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.

"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. "Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu. "Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya.

1 ulasan:

  1. Bapa borek tapi anak tak rintik..... bodoh, bebal & lembik tapi nak berlagak hero ! pi dahhhhh !
    x respect la aku org mcm ni, org x nk dgr ckp lu bro.... nik abduh aka nik bodoh !!
    Balas
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

No comments: