Monday, August 18, 2014

Dr M saja kata Najib lemah, rakyat tidak pun ?

Setakat Dr M sahaja yang kata Najib lemah, sebenarnya tidak ke mana ? Selagi mana rakyat yakin dan percaya kepada Najib. Masa Dr M sudahpun berlalu, tetapi orang masih lagi memberikan tempat kepada beliau kerana dia adalah seorang negarawan negara.




Sekarang Dr Mahathir pula bersuara lantang mengkritik Najib

Masalah bukan sahaja dihadapi oleh PR dan PKR serta PAS. Seperti biasa masalah besar juga  yang dihadapi oleh Najib, Perdana Menteri kita yang suka membeli hati dan jiwa rakyat dengan wang ringgit yang sejemput itu. Najib tidak terjumpa dengan penyelesaian untuk mentadbir negara kita.

Terakhir sekali Dr Mahathir telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan beliau terhadap Najib untuk terus memimpin negara ini. Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi.

Dr Mahathir mengakui yang Najib lebih buruk ‘performances’ nya dari Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan UMNO dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Tetapi apa tindakan Dr Mahathir sekarang? Adakah Dr Mahathir mempunyai calon gantian kepada Abdullah, seperti PR sedang tercari-cari gantian kepada kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor? Setidak-tidaknya Anwar dipihak Pakatan Rakyat telah berjaya untuk mencari pimpinan gantian kepada Khalid, iaitu isterinya sendiri. Anwar tidak tunduk kepada tuntutan mana-mana pihak, termasuk PAS, dan beliau telah berjaya ‘mengembilikan’ parti islam itu dan beliau boleh perlakukan apa sahaja kepada PAS melalui agen-agennya dalam PAS itu sendiri.

Tetapi untuk memilih gantian dengan cadangan Dr Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihan Dr Mahathir tidak pernah pilihan yang betul. Mula-mulanya beliau pilih Musa Hitam, tetapi Musa Hitam tidak betul kepada beliau. Selepas itu pilih Ghaffar Baba tetapi akhirnya Ghaffar Baba tidak layak untuk meneruskan hasratnya hendak menjadi pengganti beliau.

Dipilihnya Anwar dan meminta Anwar menggugurkan Ghaffar, tetapi apabila Anwar menjadi Timbalannya, beliau dapati Anwar telah melakukan kerja yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pemimpin Islam katanya. Anwar pula telah didapati sentiasa melakukan ‘insubordinations’ terhadap pimpinan beliau, maka Anwar ditendang dengan alasan yang beliau tahu dari awal lagi.

Sesudah itu Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ beliau dan akhirnya pelapik beliau ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara. Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri.

Sekarang baru beliau sedar Najib lagi tidak berguna kepada beliau dan juga kepada negara. Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi.

Pendeknya, siapa yang ditunjuk oleh Dr Mahathir sudah pasti pilihan yang salah. Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib.

Mahathir selama beliau memimpin parti tidak pernah mahukan sesiapa yang berkepimpinan bersama beliau. Beliau hanya membina kumpulan yang asyik untuk mendapatkan kuasa untuk menjadi ketua-ketua dalam semua pertubuhan tetapi yang tidak berkepimpinan.

Akhirnya inilah yang kita warisi.  ‘Ism’ Dr Mahathir sekarang juga jelas dalam Pakatan Rakyat kerana PR itu dipimpin oleh orang yang terdidik dari kepimpinan beliau dan Anwar itu terbentuk dalam acuan Dr Mahathir sendiri. Itu sebabnya Dr Mahathir dan Anwar itu adalah dari acuan yang sama. Apa yang terhasil dari kepimpinan Dr Mahathir, itulah yang akan terhasil dari kepimpinan Anwar.

Itulah hasilnya seperti yang kita lihat berlaku di Selangor sekarang. Itu belum lagi kita jengah apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Keadaan di sana pun teruk juga dan ianya bersabit dengan kelemahan pimpinan Persekutuan juga.

Malahan tidak ada tempat yang tidak bermasalah di negara ini. Tidak kah Dr Mahathir terasa yang penyebabnya datang dari hasil politik beliau sendiri?


No comments: