Tuesday, May 06, 2014

Mentaliti FAM sama juga dengan pengundi Malaysia

FAM pun macam pengundi rakyat Malaysia, yang payah mahu berubah apatah lagi mahu berubah. Mentaliti tetap sama, tiada beza dengan para pengundi Malaysia yang sudahpun membuang undi mereka pada PRU 13 yang lalu.

Hasilnya, tetap sama, tiada apa-apa perubahan. Yang ada adalah masih bernasib dengan nasib ditakuk yang lama. Harga barang dan perkhdimatan makin meningkat naik harga yang mahal perlu ditampung dan ditanggungi rakyat.

Beggitu juga dengan FAM. Mereka berbelanja besar. Perancangan dan pemikiran masih kekal sama. Seronok duduk dalam zon selesa


FAM tak berubah: Elyas

Oleh Mohd Firdaus Hashim
Kuala Lumpur: Tokoh sukan negara Tan Sri Elyas Omar bersetuju dengan kenyataan dilontarkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelmarin bahawa pemilihan Kongres FAM yang bakal dijalankan 25 Mei ini bukanlah pemilihan, tetapi lebih kepada penyerahan tampuk kepimpinan dalam ahli keluarga.
Menurut bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari 1990 hingga 2000 itu, perubahan jawatan nombor satu dalam badan induk itu bakal menyaksikan penyerahan takhta dari Presiden FAM Sultan Ahmad Shah kepada anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah secara senyap buat meneruskan legasi kepimpinan keluarga mereka. 
“Saya memang setuju dengan kenyataan TMJ mengenai pemilihan kongres yang akan datang. Dari senarai pencalonan itu, bermula dengan kerusi presiden hinggalah exco kesemuanya muka lama yang sudah bertahun bersama FAM. 

“Memang benarlah Kongres FAM itu bukanlah pemilihan, tetapi sebaliknya majlis penyerahan ataupun perlantikan semula orang lama ke jawatan disandang sebelum ini.
Foto

“Sudah pasti apabila muka lama saja yang pegang, FAM tiada perubahan malah terus gagal seperti sekarang hingga pemilihan akan datang,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Kongres FAM ke-50 hujung bulan ini bakal menyaksikan buat pertama kalinya jawatan Presiden FAM dipertandingkan sejak 30 tahun lalu. Ia membabitkan persaingan tiga penjuru antara Presiden Sultan Ahmad Shah yang akan ditentang anakandanya Tengku Abdullah dan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBSNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Elyas berkata, FAM tidak semestinya memerlukan individu berpengalaman sebagai kriteria penting bagi mentadbir urus sukan itu, tetapi keikhlasan dan keberanian adalah resipi utama untuk melakukan perubahan. 

“Sifat ikhlas dan berani bagi saya lebih penting berbanding pengalaman. Presiden sudah lama memegang FAM, tapi hingga kini tiada keputusan positif yang pasukan kita raih di peringkat antarabangsa,” katanya. 

“Sebaliknya, kalau boleh biarlah kali ini individu yang dipilih mempunyai keberanian dan keikhlasan untuk memajukan bola sepak negara melebihi kepentingan peribadi,” katanya. 

Di samping itu, supremo bola sepak Kuala Lumpur era lewat 80-an itu, menyarankan FAM menubuhkan satu sistem baru dalam struktur pentadbirannya untuk menggantikan cara lama yang terbukti gagal.

1 comment:

Unknown said...

Bagi kita tak payahlah raja2 mahupun anak raja2 terlibat dengan persatuan. Tenguk jepun negara balasahan kita zaman silam dah terkehadapan, sepatutnya kita kaji dan ikut macammana mereka memajukan bolasepak mereka. Sepatutnya punyailah maruah diri jika tidak ada kesungguhan atau pun idea untuk majukan mutu bolasepak negara. Kita dah naik meluat, apa yang nak dikejar, kedudukan dah ada, kuasa dah ada mlah semua cukup belaka. Sila lepaskan jawatan untuk kebaikan bersama, tindakan yang murni amat disanjung.