Thursday, February 13, 2014

Ramai sangat Prof Kangkung Dalam Negara Kita ?

Maka, camlah kita bilamana setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya.Maka berduyun-duyun dan berbondong2 lah pendapat Prof kankung yang memberikan komen kongkang mereka. Kuat sangat membodek nampaknya ..

Kita kagum dan Prof Diraja engku Azizi dalam satu tweet jika benar, 'tangan-tangan gatal yang mengusik dan merombak sisitem pendidikan Malaysia sesuka hati beliau, yaki dan percaya pendidikan Malaysia tidak akan jadi caca marba seperti yang berlaku sekarang'.

Jika begini seorang taraf prof. maka kita tabik dengan pandangannya yang sentiasa kritis dan membina dalam memajukan negara bangsanya.

Bukannya dalam masa rakyat semkain kalut dan bergelut dengan kehidupan dikajinya tentang permainan politik orang politik. Ini tidak dapat menyelesaikan masalah raakyat. Maka, menjadi tanggungjawab orang cerdik pandai memberi pandangan sisi kepada kerajaan tentang apa-apa sahaja dasar yang mahu dilaksanakan.

Adakah, Pak Mohd Zin daripada Kg Bantal Hulu Tembeling yang wajar bercakap. Mana, kerajaan mahu dengar, kerana Pak Mat Zain adalh seorang orang kampung....




'Hanya strategi kitar semula'

Ahmad Atory

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di Kajang dan memberi bayangan untuk merebut jawatan Presiden PKR dipercayai hanya strategi 'kitar semula' bagi mengaburi mata rakyat.
Penganalisis politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, strategi sedemikian sering digunakan Anwar agar dapat mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang dihadapinya.
Menurut beliau, Anwar merupakan seorang ahli politik yang sedaya upaya akan cuba meloloskan diri daripada sebarang tindakan tanpa memikirkan soal rugi atau integriti.
"Beliau kini sebenarnya sedang panik apabila berdepan dengan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, jadi tindakan untuk bertanding itu juga sebagai usaha mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 28 Januari lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesahkan spekulasi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas penyandang kerusi kawasan itu, Lee Chin Cheh meletak jawatan.
Isnin lalu, penasihat PKR itu menerusi wawancara dengan sebuah portal membayangkan pula untuk bertanding merebut jawatan presiden dalam pemilihan parti, pada Mei depan.
Menurut Ahmad Atory, Anwar juga akan sedaya upaya mengeruhkan keadaan agar lebih ramai pihak membela beliau.
"Apa agenda atau objektif beliau bertanding di Kajang, adakah mahu memberi khidmat terbaik kepada pengundi kawasan itu, sudah tentu tidak melainkan mahu memenuhi agenda peribadinya.
"Saya berpendapat, sudah-sudahlah beliau cuba mempermainkan kuasa rakyat untuk kepentingan diri kerana harus diingat lama-kelamaan orang akan bosan dengan taktiknya," tegasnya.
Ujar beliau, langkah Anwar bertanding di DUN Kajang itu seperti 'mencemar duli' memandangkan beliau pernah memiliki jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk memangku tugas Perdana Menteri ketika dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Kenapa tiba-tiba nak bertanding di Kajang, maknanya memang ada yang tidak kena dengan mereka (pembangkang) ini," katanya.

No comments: