Saturday, February 15, 2014

Politik Sukan Pun Sama Teruk Degan Politik Arus Perdana ?

Di Malaysia, antara penyakit kepimpinan yang ada adalah payah menerima teguran dan keduanya masih lagi membudayakan dalam pengurusan atau kepimpinan mereka sukar mempercayai bakat tempatan atau rakyat tempatan.

Baik, mana-mana displin sukan dalam negara ini, hal yang sama tetap berlaku. Hasil yang diperolehi tidak seberapa. Sebaliknya kesannya , kos pembiayaan yang dibelanjakan memcecah jutaan ringgit. Semua adalah satu bentuk pelaburan yang membazirkan.

Sebagai contoh mutu bolasepak negara, kita rasakan jika setakat Harimau Muda, kemampuan M Karathu dan Azrai Khoor Abdullah sahaja sudah cukup bagi mengendalikan mereka. Tetapi tidak  setelah gagal di Liga Chec , kini ke Liga Queensland di Australia.

Banyak sudah pelan, banyak sangat KPI , banyak sangat perencanaan Projek yang diwawasankan. Semua menjadi hama belaka.

Begitu juga dengan sukan badminton. Perancangan mahu dapatkan Morten Frost, mujurlah dia minta gaji mahal RM100k sebulan. Kini, setelah gagal barulah terhegeh-hegeh mencari Misbun Sidek. Hal, yang sama juga kepada Hoki. Kini, mujurlah memilih MUhammad Damaraj Abdullah. Itu pun selepas beliau 'mengamuk' barulah dapat jawatan berkenaan.




Medan uji kemampuan

AZWARI tidak disenaraikan dalam skuad Harimau Muda A beraksi di NPL selepas menjalani pembedahan ACL.


ATAS kertas, Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland di Australia bukan tempat sesuai untuk memberi pendedahan kepada skuad bola sepak muda negara, Harimau Muda A.
Ramai berpendapat, ia bukan liga yang kompetitif berbanding Liga Malaysia (Liga M) yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Lainlah, andai skuad muda negara itu didedahkan beraksi dalam Liga Australia (Liga A) yang memiliki reputasi hebat kebelakangan ini, sudah pasti ia memberi banyak manfaat buat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.
Apa pun, Kim Swee mempunyai pendirian berbeza atas langkah menghantar skuad Harimau Muda A beraksi dalam NPL bermula bulan Mac hingga Ogos depan.
Menurutnya, tujuan utama adalah untuk membentuk kekuatan mental yang boleh meningkatkan tahap keyakinan mereka.
“Saya yakin, peluang beraksi dalam NPL bakal memberikan pendedahan yang cukup berguna kepada barisan pemain-pemain kita nanti yang sebahagian besarnya terdiri daripada muka baharu,” katanya selepas menyaksikan skuad Harimau Muda A menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada aksi persahabatan di Padang MSN, Bukit Jalil semalam.
“Jadi, dengan pendedahan beraksi dalam NPL, ia akan membantu mereka membiasakan diri selain mengikis perasaan gementar apabila berdepan pasukan lawan yang dibarisi pemain asing.
Menurutnya, ia bukan soal liga itu berkualiti atau sebaliknya, tetapi tujuan utama ialah untuk membentuk pemain muda negara ini supaya lebih berkeyakinan dengan keupayaan diri.
Sepanjang beraksi di NPL nanti, Kim Swee sekadar meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok lima terbaik yang dilihat mampu memberi motivasi kepada para pemain, sekali gus meningkatkan tahap keyakinan mereka.
“Saya berharap barisan pemain Harimau Muda A dapat menimba pengalaman berguna sepanjang berguru di Australia nanti sebelum beraksi di Sukan SEA 2015 Singapura.
“Ada 14 pasukan yang bertanding dalam NPL dan saya percaya kita memiliki kemampuan untuk memberikan aksi terbaik dalam liga tersebut.”
Sementara itu, Kim Swee turut mendedahkan pemain sayap, Syahrul Azwari Ibrahim bakal tercicir daripada skuad Harimau Muda A ke NPL nanti.
Ia gara-gara pemain kelahiran Kelantan itu telah menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL), semalam.
“Shahrul tidak akan menyertai skuad ini dan direhatkan selama enam bulan selepas menjalani pembedahan ACL.
“Selain Shahrul, saya akan melihat 28 pemain ini yang mana saya hanya membawa 25 pelatih sahaja ke Australia,” katanya

No comments: