Saturday, February 22, 2014

Cemas, Mengeluh Dan Bimbang Dengan Apa Yang Kita Buat Sendiri ?

Keluh kesah 1 negara , Malaysia dilanda kriisi air. Bagaimana dan macam negara yang menerima hujan sepajang tahun, dan jarang kemarau gelabah dengan masalah air. Apa masalah dan di mana silapnya, sikap ? Perancangan ? Urus tadbir atau perinagatan ALlah

Berbanding negara-negara Afrika dan Asia Barat yang kering kontang, bagaimana persediaan dan caragaya urustadbir tentang air. Negara Libya semasa regim boleh proses air laut kepada air tawar dan digunakan bagi pengairan tanaman dan minuman mereka, hasil minyak dimanfaatkan untuk pembangunan negara dengan begitu baik, rakyat diutamakan 

Di Malaysia, ALLah keringkan air sungai Pahang, ALlah keringkan Sg Perak. Kawasan tadahan air digondolkan, pembalakan tidak terkawal, manusia rakus melaba keuntungan atas hasil mahsul di darat. Berboros dan enjoy semahunya , tidak ada langsung ingatan mereka apa yang patut ditanggalkkan khazanah berkenaan kepada anak cucu cicit. Apa yang penting kawasan tadahan ini dikorbankan untuk dan demi mengejar pembangunan.

Dalam masa sama, ditipu rakyat dan dunia , digubal pelabai akta, diuar-uarkan mereka menerima apa sahaja resolusi badan dunia, pengisytiharan majlis-majlis dunia, konvesyen-konvensyen dunia tentang alam dan sekitarnya. Protokol itu dan Protokol ini bagi pemuliharanan hutan, flora dan fauna.





Krisis air semakin meruncing

PARAS air di Empangan Air Itam semalam menunjukkan penurunan akibat daripada musim kemarau yang melanda negara ini sejak sebulan lepas. - BERNAMA
 
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Krisis air di seluruh negara semakin meruncing apabila bilangan empangan yang mencatatkan bacaan paras air di bawah paras normal meningkat kepada 18 empangan hari ini berbanding 15 empangan semalam.

Namun sehingga pukul 7 malam ini, kesemua 20 stesen empangan termasuk 18 empangan tersebut yang dipantau menerusi sistem Info Kemarau masih mencatatkan bacaan air di atas paras minimum.
Menurut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empangan yang mencatatkan bacaan air di bawah paras normal adalah Machap, Sembrong, Labong dan Bekok di Johor, Padang Saga, Ahning, Muda dan Beris (Kedah), Bukit Kwong (Kelantan), Timah Tasoh (Perlis), Bukit Merah (Perak), Langat, Sungai Selangor, Tasik Subang dan Sungai Tinggi (Selangor), Batu dan Genting Klang (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Anak Endau (Pahang).

Daripada 18 empangan tersebut, Padang Saga yang mencatatkan bacaan paras air 18.94 meter sudah hampir dengan paras minimum iaitu 18.50 meter.

Berdasarkan laman web itu juga, jelas menunjukkan bahawa sebanyak lima empangan termasuk di Johor dilaporkan mempunyai simpanan air aktif kurang daripada 45 peratus.

Tiga empangan di Johor itu adalah Machap yang mempunyai simpanan air sebanyak 20.43 peratus, Sembrong (28.30 peratus), Bekok (20.18 peratus) manakala dua lagi empangan ialah Padang Saga (26.96 peratus) dan Timah Tasoh (36.23 peratus).

Sebanyak lapan lagi empangan dilaporkan mempunyai simpan air aktif kurang daripada 50 peratus iaitu Empangan Muda (46.67 peratus), Bukit Merah (48.73 peratus) manakala Genting Klang, Labong, Beris, Anak Endau, Semenyih (Selangor) dan Ulu Kinta (Perak) masing-masing sebanyak 48.29 peratus.

Tiga empangan yang dilaporkan mempunyai simpanan air aktif yang banyak ialah Tasik Subang sebanyak 96.26 peratus, Sungai Tinggi (80.68 peratus) dan Langat (76.10 peratus).
Utusan Malaysia hari ini melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, keupayaan untuk menampung permintaan air bergantung kepada situasi kemarau di setiap negeri dan saiz serta struktur empangan.

No comments: