Thursday, February 20, 2014

Air sudah swasta, perkdimatan macam tak swasta ? Apa hal nya

Selepas dibidas Rafizi Ramli , pengarah strategi PKR , SYABAS (Syarikat Air Selangor) tidak effesien dalam pengurusan air di Selangor. SYABAS terkial-kial dalam mempertahankan dirinya pada kali ini.

TV3 beberapa minggu yang lepas melaporkan bahawa Empangan Air Semenyih. Hari ini dengan cuaca bermusim begini, Syabas gagal bersedia dengan persediaan secukup. Ini kerana saban tahun kita tahu bahawa air akan kering kerana cuaca.

Apalah, gunanya dengan membayar gaji dan elaun besar kepada pihak pengurusan SYABAS. Jika gagal merancang, merencana dan bersedia ke arah pengurusan yang berkesan.

Mengharaap takdir dan cuaca sahaja adalah menjadi satu pekerjaan yang mudah. Rakyat gagal mendapat perkhidmaatan berkualiti dan terbaik.

Sebaliknya, satu ketika dulu menteri UBN pernah berkata, jika mahu gunakan jalanraya yang baik dan selesa, tol mesti dikenakan. Malah mantan PM Dr M pun ada berkata, jika kita mahu sesuatu perkhidmatan yang baik, sedikit bayaran perlu dikenakan. Dan menteri yang sama juga berkata, jika tak mau bayar, gunalah jalanraya yang tidak berbayar.

Sekarang, apa sudah jadi pada hal air ni.....


Air semua empangan terus susut

Paras air di Kolam Tadahan Air Berembang mulai susut ekoran cuaca panas berpanjangan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
 
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini menyebabkan takungan air di hampir kesemua empangan utama di seluruh negara semakin menyusut hari ini.
Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, sebanyak 14 daripada 15 empangan mencatat penurunan kadar takungan sehingga pukul 8 malam tadi.
Antara yang mencatat penurunan ketara ialah Empangan Langat daripada paras normal 220.96 meter (m) kepada 217.10m; Empangan Genting Klang menurun daripada 94.m kepada 90.26m; Empangan Sungai Selangor (220m kepada 199.65) dan Empangan Timah Tasoh, Perlis (29.10m kepada 27.69m).
Bagaimanapun, hanya Empangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA (KADA) yang membekalkan air kepada beberapa negeri di utara menunjukkan kenaikan paras air daripada 94.50m kepada 94.53m.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi meramalkan tiada hujan dijangka turun di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini manakala hujan di beberapa tempat di Selangor.
Keadaan itu dijangka menyebabkan gangguan air yang sedang berlaku di Lembah Klang sejak hujung bulan lalu berlarutan.
Cuaca kering serta penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi, Dengkil baru-baru ini turut menyebabkan bekalan air di 110,087 buah rumah di sekitar ibu negara, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Petaling terjejas.

No comments: