Thursday, January 09, 2014

Pekerja asing, kenapa bersungut dan merungut ?

Isu kebanjiran pekerja asing yang luar biasa ke negara adalah sudah sampai ke tahap kritikal. Perisitiwa rusuhan kecil di Little India Singapuara sepatutnya menjadi indikator kepada kerajaan Malaysia.

Kini, para majikan sudah selesa. Para pekerja asing di mana premis sudah tidak menajdi rahsia. Rakyat yang menjadi buka kera tidak disusui oleh pihak berwajib. Adalah tidak salah kita susu kan kera dalam hutan. Itu adalah tanggungjawab ? Ini bukan salah kerajaan ?  Ini adalah salah mereka yang memberi nyawa kepada kerajaan itu. Dan tidaklah salah kera itu sendiri kerana orang yang beri susulah yang patut dipersalahkan.

Apa yang hendak disesalkan, inilah jalan yang kita pilih.Maka terima lah apa yang kita sudah buat pilihan, hendaknya janganlah ada sungutan dan rungutan lagi.

Maka buatlah apa-apa semua sudah terlambat ? Sudah jadi bubur



Lapor pekerja asing dalam 14 hari

SALAH sebuah rangkaian restoran makanan segera yang popular di Malaysia. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Para majikan diwajibkan memaklumkan pengambilan pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam tempoh 14 hari selepas mereka diambil bekerja.
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (KPTKSM), Mohd. Jeffrey Joakim berkata, majikan yang ingkar boleh didakwa mengikut Akta Kerja (Pindaan) 2011 yang berkuat kuasa 1 April 2012 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
Majikan juga diwajibkan memaklumkan sebarang penamatan perkhidmatan sama ada oleh mereka atau pekerja asing berkenaan, selain disebabkan tamat tempoh pas pekerjaan, penghantaran balik atau pengusiran pekerja asing itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2prPRUxNi 
Hakcipta terpelihara

No comments: