Sunday, January 05, 2014

Apa pula Kata Ketua Wanita UBN Kuantan Pasal kes ni ?

Media massa Malaysia menyibuk dengan laporan anak sultan Brunei berbelanja besar, bayar kepada seorang penyanyi AS dengan bayaran besar. Kenapa mereka sibuk sangat, semua itu adalah mahu mengalih perhatian. 

Berbanding kehidupan rakyat Malaysia dan rakyat Brunei. Dan bandingkan pemerintah Brunei dan Malaysia ianya tidak sama. Kenapa sibuk, kalau dulu jika kita menyibuk kritik kerajaan yang ada sila keluar dan tinggal di negara lain.

Macam mana dengan media kita sibuk kritik pemimpin negara lain. Apa nak cakap pula, adakah nak dakwa ia tidak menyangkut dengan tindakan apa-apa.

Mari kita tunggu, apa respon Ketua Wanita Umno Kuantan ? Apa pual respon dia kali ni .





Anak Sultan Brunei bayar Mariah Carey hampir £1 juta

MARIAH CAREY menerima bayaran hampir £1 juta (RM5.4 juta) untuk menyanyikan tiga buah lagu pada majlis peribadi Putera Azim di London.


LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.
Penyanyi seksi itu bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2pWAqzTJm 
Hakcipta terpelihara

No comments: