Belum reda berita Syiahnya Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS. Terkini dan kini PAS dituduh pula dah diresapi Syiah pulak. Ini adalah semua kerja-kerja khianat Umno dan tunjukkan rasa busuk perut pedal terhadap PAS.
Umno memulakan cerita resap meresap. Ini bukan cerita hantu, tetapi cerita mengarut Umno yang kerjanya menakut-nakutkan orang. Pasal dalam parti PAS ada jenis hidupan yang resap meresap. Dan Umno sendiri malas nak kaji diri dia, adakah dalam batang tubuh sendiri , ada benda meresap ke tidak
Ini semua keran takutkan rakyat yang marah kerana Umno (kerajaan Umno) bakal menaikkan tarif elektrik. Dan mengikut Bank Negara infalasi kita berada para 2 ke 4 peratus nanti. Memang tenat.
Pas didakwa diresapi Syiah sejak sekian lama
Sumber keselamatan memaklumkan, Pas mula diresapi Syiah selepas revolusi Iran dan fahaman itu semakin bertapak kukuh dalam parti berkenaan kerana ramai kalangan lulusan Iran menyertai Pas dan seterusnya terpilih menjadi pemimpin.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, pihak berkuasa kini memantau pergerakan beberapa pemimpin kanan Pas yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan Syiah di negara ini selain gerak-geri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Ini berikutan maklumat risikan mempercayai satu pertemuan khas melibatkan beberapa pemimpin parti itu yang diyakini mempunyai kaitan dengan gerakan Syiah akan berlangsung dalam masa terdekat tetapi motifnya masih disiasat.
"Kita sedang meneliti semua maklumat yang diperoleh dari pelbagai sudut tetapi pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan pertemuan sulit itu ada kaitan dengan isu Syiah yang kini hangat dikaitkan dengan Mat Sabu.
"Penilaian juga sedang dibuat apakah pertemuan sulit berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sambutan hari memperingati Arbain (Ashura) yang akan disambut 23 Disember ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut sumber terbabit, pada tahun lalu sahaja lebih 100 pengikut fahaman Syiah dari Malaysia menyeberangi sempadan untuk menyambut hari memperingati Arbain di markas terbesar Syiah di Asia Tenggara yang terletak di Satun, Thailand.
Bagaimanapun jelas beliau, berdasarkan penelitian, tahun lalu tiada pemimpin kanan Pas yang disyaki terlibat dengan gerakan Syiah mengunjungi Satun, sempena hari memperingati kematian cucu Rasulullah, Saidina Hussein itu.
Baru-baru ini semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013, isu Syiah membabitkan Pas kembali hangat apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pihaknya tahu siapa pemimpin kanan Pas yang terlibat.
Pendedahan itu kemudian disusuli dengan 10 maklumat mengenai dakwaan penglibatan Mohamad dengan gerakan Syiah oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Namun, dakwaan tersebut segera dinafikan Timbalan Presiden Pas berkenaan walaupun mengakui beliau mengagumi kepemimpinan ikon Syiah Iran, Ayatollah Imam Khomeini dan pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrallah.
No comments:
Post a Comment