Monday, December 09, 2013

Syiah dan PAS Pulak ?

Berani sungguh KDN bawah Zahid Hamidi dakwa PIMPINAN PAS anut Syiah. Ramai yang marah dan tidakpuashati, tetapi SUA PAS Mustafa Ali. PAS tidak terlibat tapi ia libat Mat Sabu dengan Zahid sahaja.

Ini masalah peribadi depa...pulak dah


KDN ada bukti pemimpin Pas terlibat

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Kementerian Dalam Negeri dipercayai akan mendedahkan bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah di negara ini esok.

Sumber memaklumkan, pendedahan itu perlu untuk menyedarkan rakyat ajaran Syiah yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah merebak ke dalam Pas.

Menurut sumber itu, pendedahan tersebut kemungkinan besar akan dibuat sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas pulang daripada lawatan kerja rasmi di Brunei.

"Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 mendedahkan Kementerian Dalam Negeri mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.
Beliau sehubungan itu menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas menolak pemimpin terbabit dan hairan bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi.

Selain itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia untuk didaftar sebagai pertubuhan sah.


No comments: