Tuesday, December 03, 2013

Antara Naik Tarif Elektrik dan naik Gaji Adun Selangor ?

Menghalalkan berita kenakan tarif elektrik yang kena pada 30 juta penduduk dan bising 1Malaya dengan kenaikan gaji 56 Adun di Selangor. Mana lebih impak ? Ke mana perginya hasil mahsul pendapatan negara ? Ikut Bajet 2014 Bn perolehan pendapatan negara diunjurkan cuma RM250 billion. Dan belanja pula dianggarkan melebihi RM260 billion ? Benarkah hanya setakat itu ?

Sementara bagi pendapatan syarikat GLC kerajaan adakah telah dimasukkan dalam pengiraan pendapatan negara ? Penulis gagal mencari carian tentang pendapatan semasa TNB perolehi. Cuma yang ada adalah keyataan menteri alasan kenaikan yang kerajaan tampung subsidi kepada rakyat , iaitu akan jimatkan RM4 billion setahun. Insentif kepada 4 syarikat IPP tidakah pula dinyatakan samada mahu dikaji atau tidak.

Entahlah, kenapa kerajaan mahu bertindak demikian ? Nampaknya tindakan kerajaan tidak pernah menghentikan penderaan secara beransur-ansur ke atas rakyat.

Terlau banyak alasan menyokong, kemarin dua alasan daripada twiter yang disenaraikan penuh dalam akhbar tempatan menyerang kerajaan Selangor alasan menaikkan elaun Adun. Semua rakyat yang terpilih itu menyatakan kenaikan yang tinggi/

Inilah bentuk serangan bagi melemahkan musuhnya yang media UmnoBn buat. Sementara hari-hari media UmnoBn mainkan perasaan rakyat dengan berita kewajaran kenaikan tarif elektrik dan disisip dengan kewajaran bagi GST dilaksanakan




Tarif baharu elektrik bermula 1 Januari


Maximus Ongkili pada sidang akhbar pengumuman semakan semula tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (kanan).
 
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen.

Tarif elektrik baharu bagi semenanjung, Sabah dan Labuan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Maximus, bagi Semenanjung, tarif baharu itu akan menyaksikan penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna iaitu:

* Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03 peratus)
* Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85 peratus)
* Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWJ iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85 peratus)

Jelas Maximus, selaras dengan dasar melindungi kebajikan pengguna domestik berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah.
"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah," katanya.

Beliau turut memaklumkan peruntukan subsidi khusus itu adalah sebanyak RM2.4 bilion setahun di Semenanjung dan RM155 juta setahun di Sabah serta Labuan.

Menurutnya, sebanyak 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj ke bawah, tidak akan terjejas.

Maximus memberitahu, program merasionalisasikan subsidi menerusi semakan semula tarif elektrik itu menjimatkan beban kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas daripada Petronas untuk penjanaan kuasa.

"Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu dilakukan kerajaan.

"Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan bagi menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik," katanya.

Katanya, biarpun tarif baharu dilaksanakan, kerajaan tetap menanggung jumlah subsidi pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun di Semenanjung dan RM570 juta di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Maximus, bagi mempertingkatkan sumbangan Tenaga Boleh Baharu, kadar kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu akan dinaikkan daripada 1 peratus kepada 1.6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 di Semenanjung dan akan turut diperluas ke Sabah dan Labuan.

Dalam pada itu, jelasnya, kadar tarif elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang rendah sebelum ini menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti pembekalan elektrik di Sabah.

Katanya, serentak dengan semakan semula tarif di Sabah dan Labuan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.812 bilion bagi projek-projek pengukuhan infrastruktur baharu yang kritikal bagi 2014 hingga 2016 termasuk Projek Talian Penghantaran Southern Link.

"Kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013-2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di seluruh Sabah," katanya.

No comments: