Cabaran kepada ulama PAS yang baru dalam mengharung dunia realiti. Ini adalah bidangkuasa mereka dan dan sejauhmanakah komitmen PAS dalam melaksanakan hukuman Hudud. Cabaran yang diberikan oleh tokoh undang-undang negara Dr Aziz Bari.
PAS keliru dan tiada komitmen mahu laksanakannya. Harapan kita para ulama dan ahli PAS jangan melenting. Fikir dan usahakan dengan bersungguh-sungguh. Kini sudah 20 tahun sudah kita memerintah Kelantan. Dan 20 tahun juga kita gagal selesaikan masalah air Kelantan
Jangan, 100 peratus meletakkan kesalahan kepada Umno. Ini adalah perjuangan yang fueadmental bagi PAS. Kini bukan lagi masa untuk memberi alasan ... Sudah 20 tahun apa yang dikaji dan apa yang mahu disediakan lagi
Rakyat kini sedang menilai dan menghisab kita....
Hudud: 'PAS Pusat keliru, Kelantan dibiar sendiri'
Kelantan meluluskan undang-undang hudud pada 1993 dan selepas 20 tahun tiada apa-apa yang berlaku. Alasan yang biasa digunakan, ia tidak boleh dilakukan kerana halangan kerajaan BN.
Bagaimanapun, bagi pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, masalah lain yang tidak kurang pentingnya, apabila terdapat kekeliruan dalam kepimpinan pusat PAS sendiri berhubung pelaksanaannya.
Katanya, walaupun menteri besar sebelum ini Datuk Nik Aziz Nik Mat bersetuju hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan perlembagaan, masih terdapat pemimpin PAS yang beranggapan sebaliknya,
"Apa yang saya lihat PAS pusat keliru dan PAS Kelantan dibiarkan bersendirian," kata anggota jawatankuasa teknikal kerajaan negeri bagi mengkaji perlaksanaan hukum Islam itu.
Katanya, beliau difahamkan PAS negeri "ada mindanya sendiri" dan apa yang berlaku menunjukkan kelemahan pimpinan pusat, seperti peranannya dalam pentadbirannya di Kedah sebelum ini.
Aziz Bari antaranya berpendapat, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan tanpa melibatkan pindaan perlembagaan kerana hal ehwal agama tertakluk kepada kuasa negeri.
Malah, beliau berbeza pendapat dengan banyak pihak apabila berkata, pelaksanan hudud hanya memerlukan pindaan terhadap Akta Akta Mahkamah Syariah 1965.
Rangka dasar hudud, bukan Negara Islam
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Aziz berkata, PAS sepatutnya sudah menyediakan sebuah rangka dasar tentang prospek dan cara untuk melaksanakan undang-undang itu.
"Bukan (setakat sediakan) Dokumen Negara Islam (DNI). Hudud lebih penting kerana ia program sedangkan DNI lebih merupakan ideal dan retorik yang setengahnya melihat tidak wajib.
"Sedangkan hudud itu wajib di segi hukum," kata Aziz lagi sambil menyifatkanya perkara itu sahaja sudah cukup memperlihatkan kekeliruan parti dalam memutuskan mana lebih penting dan perlu didahulukan.
Selain itu, Aziz juga melihat kepimpinan baru Kelantan pimpinan Datuk Ahmad Yaakob bakal menyuramkan lagi kemungkinan untuk melaksanakan hukum itu dalam masa terdekat.
"Apa yang saya lihat dalam senario kini ialah menteri besar baru tidak punya kekuatan sebagaimana Nik Aziz." katanya.
"(Ia) contohnya dalam menghadapi media dan khalayak dan mempertahankan pendekatan Kelantan dalam melaksanakan hudud."
Justeru, katanya, sedar tidak sedar, PAS sebenarnya sudah menerima hujah DAP dan Majlis Peguam dan penentang hudud, bahawa undang-undang itu mustahil dapat dilaksanakan.
"Mungkin mereka sengaja buat begitu supaya mereka terlepas dari melaksanakan sesuatu yang memang sangat berat. Dan mereka tidak punya kekuatan.
"Nik Aziz sudah tiada, (bekas exco kanan Datuk) Husam (Musa) sudah disingkirkan. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi rendah," sindirnya.
Terus jadi tanda tanya
Persoalan pelaksanaan hudud Kelantan timbul semula bulan lalu apabila Mahkamah Syariah negeri dilapor menyatakan kesediaan melaksanakannya kerana kemudahan bangunan baru di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Baharu sudah sempurna.
Manakala kerajaan Kelantan pula dilaporkan sudah menyiapkan persiapan asas ke arah perlaksanaannya dan Aziz Bari dilaporkan diberikan tempoh sebulan mengkaji dan menyediakan kertas berkaitan.
Aziz Bari bagaimanapun menafikan beliau dihubungi dan ditugaskan perkara itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan media sahaja.
Hudud juga dilapor antara agenda perbincangan dalam pertemuan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya sebelum ini.
Justeru, timbul persoalan sama ada pelaksanaan hukuman itu akan benar-benar menjadi kenyataan.
Malah, terdapat exco kerajaan negeri yang nampaknya tidak bersetuju dengan kaedah dicadangkan Aziz Bari.
Exco Kelantan Dr Mohd Fadzil Datuk Hassan pada hujung bulan lalu antaranya memberitahu Malaysiakini, pendapat Aziz bersifat peribadi dan perlaksanaan hudud perlu mengikut perlembagaan dan bukan sewenang-wenangnya dilaksanakan.
Dengan perkembangan ini, tarikh sebenar penguatkuasaan hukum hudud di Kelantan sehingga kini masih menjadi tanda tanya.
"Kita tidak menetapkan tarikh akhir bila kita akan laksanakannya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh jawatankuasa ini sebelum Hudud dilaksanakan," Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilapor sebagai berkata sebelum ini.

No comments:
Post a Comment