Monday, November 04, 2013

Sg Limau : D Day untuk Umno

PRK Sg Limau bakal melabuhkan tirai pada 4 November ini, Para pengundi bakal membuat pilihan mereka nanti. PR diwakali PAS bersaing dengan seteru Bn iaitu Umno-Bn. Kerusi ini pada PRU lalu adalah dimenangi oleh PAS. PR / PAS berazam untuk mengekalkan kerusi ini, kerana alasannya adalah kubu  kuat PAS dan selain itu,  kerusi ini dulunya diwakili oleh almarhum Ust Azizan selaku PJ PAS dan mantan MB Kedah bagi Pakatan Rakyat. Menang PAS bermakna pengundi menolak Bajet 2014 Najib yang baru lalu.

Pemerhati politik memilih Umno sebagai pemenang, ini kerana fokus dan pemusatan serta lambakan segera projek bajet dan durian runtuh ke kawasan ini datang bertali arus. Umno menjadi underdog kerana kawasan ini adalah kawasan yang 'hitam' bagi Umno untuk menawannya.

Saban, hari melalui media massa Sg Limau digambarkan dan dipaparkan sebagai kawasan miskin. Hujahnya berdasarkan demografi dan geografi Kedah itu sendiri. Seolah-olah selama ini, Umno tidak pernah wujud di Sg Limau. Maka bila berlaku PRK barulah Umno ada dan wujud. Dan Umno bakal merubah nasib dan masa depan penduduk Sg Limau. Begitulah paparan harapan dan sogokan media terhadap minda rakyat yang dilambakkan berita pada setiap malam.

Walaupun Sg Limau miskin, tetapi para penduduk masih kaya dengan adab dan akhlak kerana persekitaran sedemikian dikelilingi dengan mereka yang cintakan ilmu.

Diharapkan penduduk Sg Limau jangan gadai maruah mereka kepda Umno. Hari ini adalah D Day bagi Umno di Sg Limau.





Pengundi DUN Sungai Limau Disaran Bezakan Sokongan Kepada Individu Atau Parti


YAN, 2 Nov (Bernama) -- Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau perlu membuat pilihan tepat iaitu antara mengenang budi wakil rakyat terdahulu dan masa depan anak cucu masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata terdapat perbezaan yang besar antara menyokong Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan parti PAS memandangkan parti itu gagal membawa kemajuan di Kedah selepas diberi peluang mentadbir kerajaan negeri selama lima tahun.

"Sebab itu, untuk melangkah ke hadapan, ialah parti yang membawa kebaikan kepada mereka (masyarakat Sungai Limau) iaitu Umno dan Barisan Nasonal (BN)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Rakyat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Limau di sini, Sabtui.

Menyentuh mengenai lebih banyak program santai yang dilaksanakan oleh BN pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau berbanding sebelum ini yang lebih kepada ceramah, Ahmad Shabery berkata cara santai itu lebih berkesan daripada menghentam dan memfitnah pihak lawan.

Memandangkan kempen pilihan raya kecil itu akan berakhir kurang daripada 48 jam, Ahmad Shabery yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, mahu jentera BN mempergiatkan lagi usaha meraih undi, sama ada dari penyokong parti itu ataupun PAS.

"Pastikan tiada seorang pun pengundi yang tertinggal. Inilah masa kita kutip pengundi baharu sama ada yang sebelum ini pengundi tegar PAS atau penyokong tegar Azizan," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang menyaksikan pertandingan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat akan diadakan Isnin ini.

Terdahulu, Ahmad Shabery merasmikan Sukan Rakyat Jalinan Kasih di Kampung Manggol, Batu 13 1/2 di Simpang Tiga Sungai Daun anjuran kerjasama empat cawagan Umno Kampung Manggol, Kampung Batu 14, Kampung Padang Besar dan Pulau Mas.

Beliau yang tiba dengan menaiki motosikal milik penduduk kampung itu kira-kira pukul 10 pagi, berkata beliau amat berbangga melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan penduduk dari pelbagai lapisan umur dan jantina.

"Sukan dalam keleboq (lumpur) sawah ini memang menarik. Walaupun busuk dan kotor tetapi bila kita adakan aktiviti sukan sebegini, kita dapat lihat semangat masing-masing selain dapat erat hubungan," katanya.

Terdapat enam jenis sukan yang dipertandingkan, antaranya diadakan di dalam bendang iaitu menyerkap ikan, menangkap itik dan futsal.

Pengerusi program itu Fadzil Baharom berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kaunter pendaftaran dipenuhi penduduk kampung seawal 8 pagi.

Lebih 100 peserta menyertai sukan itu yang menjanjikan hadiah seperti hamper dan wang tunai bergantung kepada jenis sukan yang disertai, katanya.

Sebelum itu, Ahmad Shabery turut melawat ke pekan sehari Simpang Tiga, Sungai Limau Luar.

-- BERNAMA

No comments: