Sunday, November 03, 2013

Mana janji mahu laksana gaji minima

Kerajaan masih berdolak dalik dengan rakyat, sampai bilakah janji gaji minima (RM900) mahu dan dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa terkecuali. Ramai pihak masih ragu, kebimbangan perlaksanaan hanya pada kertas dan arahan sahaja, seperti sebelum ini. Dan akhirnya ditangguhkan, dan kini diumumkan tarikh baru perlaksanaanya.
Ramai pihak ragu kerana dasarnya ada tetapi perlaksanaannya tidak jelas. Dan mereka khasnya rakyat tidak mengetahui secara terperinci  bagaimanakah makenisma perlaksanaan gaji minima akan dilaksanakan khususnya oleh majikan swasta.

Para majikan merasa mereka amat terbeban dan membebankan dengan tambahan kos sedemikian. Kenapa dan mengapakan pihak majikan 'beraat' dan enggan memberi kerjasama kepada pihak kerajaan.

Malah dalam situasi yang berbeda keghairahan dan minat serta kecenderungan kerajaan lebih kepada mahu mencari makenisma bersungguh-sungguh menyelesaikan cara penjualan tiket bolasepak Piala Malaysia.

Rakyat hanya menantikan kebohongan demi kebohongan dan janji manis yang sentiasa ditabur dari semasa ke semasa

Gaji minimum RM900 dilaksana sepenuhnya Januari 2014

LABUAN 3 Nov. - Setelah ditangguh dan diberi kelonggaran sejak Januari tahun ini, gaji minimum RM900 sebulan di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan, akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Januari tahun depan.
 
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, kerajaan mengambil kira semua perkara yang boleh menjejaskan pelbagai sektor di negara ini sebelum melaksanakan dasar berkenaan.

"Sebahagian besar majikan daripada hampir semua sektor di negara ini memberi penjelasan tentang ketidakmampun mereka (melaksanakan dasar itu) dan meminta penangguhan, maka kami menangguhkannya hingga 31 Disember tahun ini. Gaji minimum akan dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara mulai Januari tahun depan," katanya 
kepada Bernama selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.

Riot berkata, pelaksanaan gaji minimum ini terpakai bagi semua majikan, tanpa mengira lokasi perniagaan mereka.

"Sama ada perniagaan yang mereka jalankan di bandar atau di mana saja, mereka tidak terkecuali daripada melaksanakannya," kata beliau.

Riot berkata, pelaksanaan dasar itu terpaksa ditangguh kerana beberapa sebab, termasuk berkaitan kemampuan kewangan syarikat atau majikan.

Perintah Gaji Minimum 2012 sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2013, dengan kadarnya dikaji setiap dua tahun. Bagaimanapun, ia ditangguh bagi memenuhi permintaan 400 syarikat agar tarikhnya ditunda kepada 31 Dis.

Pelaksanaan dasar gaji minimum itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 April tahun lepas dan diwartakan pada 16 Julai.

Riot berkata, ia ditangguhkan berikutan kajian teliti oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
"Kajian dibuat mengikut kes...dan penangguhan serta kelonggaran hanya diberi selepas majlis itu yakin terdapat keperluan untuk berbuat demikian," katanya.

Menurut beliau, setakat ini, tiada permintaan secara bertulis diterima daripada pengusaha tanaman sawit untuk menangguhkan pelaksanaan dasar itu berikutan penurunan harga minyak sawit dunia.

"Kebanyakan pekerja dalam sektor perladangan adalah warga asing. Rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung tidak berminat bekerja dalam sektor ini...sama ada kita suka atau tidak, inilah isu yang terpaksa kita hadapi," katanya.

Laporan sebelum ini memetik ketua setiausaha kementerian berkenaan Zainal Rahim sebagai berkata sejumlah 247 "syarikat mikro" dan 743 syarikat besar memohon penangguhan pelaksanaan dasar itu.

Syarikat mikro merujuk kepada sesebuah syarikat yang mempunyai tidak lebih lima pekerja. Syarikat yang tergolong dalam kategori ini sepatutnya melaksanakan dasar berkenaan mulai hari ini.

Syarikat besar yang mempunyai lebih 150 pekerja dalam bidang perkilangan atau lebih 50 pekerja dalam bidang pembuatan perlu mula membayar gaji minimum pada 1 Januari tahun ini. - BERNAMA

No comments: