Perhimpunan Agong Umno (PAU) dan Muktamar Agong PAS Pusat nampak kali ini musim pemilihan kepimpinan. Kedua-dua kelompok parti dominan Melayu ini mendapat tempat tersendiri di media massa. Pemilihan kali ini nampak berjalan sama hebat dan sama panas.Masing-masing ada perebutaan dan ada persainagan kelompok dan kumpulan.
Bagi PAS, persaingan ulama dan bukan ulama, atau ulama bersaingan profesinal atau kata Dr Mujahid persaingan antara kumpulan konservatif dan reformis. Permulaan menjadi jelas bilamana ulama secara halus dan berhemah berkempen dengaan menganjurkan himpunan ata nama Multaqa Ulama di Kedah. Dengan mengeluarkan resolusi 8 perkara yang antara nya Timbalan Presiden PAS mestilah kalangan ulama. Banyaklah kembimbangan atas kebimbangan atas Presiden yanng bakal digantikan oleh Timbalan.
Situasi ini melihatkan gayung mula bersambut, bilamana kumpulan ulama telah memulakannya. Golongan profesinal dalam PAS setia bersikap pro dan depensif sahaja.
Sebenarkan trend untuk mengulamakan PAS sejak 1980an telahpun bermula. Malah sbeleum PRU13 pun. Rata-rata kepimpianan PAS seleruh negara peringkat kawasan, negeri dan Pusat sendiri rata-ratanya 80 peratus dikuasai ulama termasuklah diperingkat sayap PAS pemuda dan muslimat.
Justeru, kenapakah perkara ini dibangkitkan dan disemarakkan. Penulis teringat dengan kata-kata Mohd Sabu. Slogan PAS Ganti Umno akan memakan diri ke atas PAS sendiri. Dan nampak kini kebimbangan itu mula terserlah dan diserlahkan.
Kami golongan bawahan sentiasa mendokong kepimpinan yang ada. Kami mahukan gandingan mantap ulama dan bukan ulama (pro). Tolong jangan membawa resapan resapan lain dalam parti kita.
Anak-anak muda sedang memerhatikan kita, kita adalah cerminan masyarakat. Jangan lupa disamping kita berpolitik, prinsip dan pegangaan kita jangan dilarikan , nawaaitu kita hendaklah dakwah dan politik sekaligus menjadi penyelamat ummah dunia akhirat.
Tolong jangan khinati sahabat kita, biarlah orang khianati kita dulu. Ianya akan lebih dikenangi berbanding dengan kita tahu , kita mendahului untuk khianati sahabat kita.
Gandingan ulama, profesional sejak zaman khilafah
Aslani M, | 05 Okt 2013 |
MACHANG: Sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat mentadbir kerajaan ketika itu.
“Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan.
“Mereka lakukan semua itu berpangkal dari sejarah yang panjang. Ini kerana di zaman awal gereja menguasai segenap aspek kehidupan manusia di barat. Dan lama-kelamaan akhirnya timbul penentangan bagi memisahkan kerajaan dengan gereja.
“Maka tidak peliklah sekarang usaha-usaha berterusan dilakukan bagi memisahkan ulama dan profesional. Sengaja mereka hendak pecah-pecahkan PAS kepada dua kelompok,” katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan di Markas Dewan Ulama di Labok hari ini.
Hadir sama wakil Dewan Musimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat, Ketua Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Noraini Hussain dan Adun Kemuning, Rosli Ismail.
Pemilihan pada muktamar Dewan Muslimat hari ini mencatat sejarah apabila tiada pertandingan sebarang jawatan termasuk 10 anggota jawatankuasanya.
Siti Zailah kekal sebagai ketua, Wan Ubaidah Omar (timbalan) dan Rohani Ibrahim (Naib Ketua), manakala 10 anggota jawatankuasa yang dikekalkan iaitu Zainiah Abdul Halim, Arniwati Sabirin, Ahlaami Abdul Halim, Hafizah Abdullah, Khairiah Mohamad.
Selain itu Norhashimah Deraman, Ilvira Dasuki, Mumtaz Mohd Nawi, Dr Roselisa Muhamad dan Zaharah Mohamad. Keputusan itu diumumkan Bendahari PAS Machang, Zakaria Yaakub yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa pemilih.
Sebelum ini media harian saban hari memainkan isu profesional dan ulama dalam PAS bagi memperlihatkan pertembungan serius dua kelompok tersebut menjelang muktamar November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, pertembungan ulama dan profesional dalam PAS sengaja dibesar-besarkan setiap kali berlaku pemilihan sempena muktamar PAS.

No comments:
Post a Comment