Pemimpin Umno semakin imun dengan moral, tanggungjawab, integriti dan hilang terus jatidiri sebagai muslim mukmin. Ini kerana para perwakilan terus mengekalkan Ketua Wanita yang didapati bersalah atas kes rasuah RM250 juta berhubung lembu fedlot tempoh hari.
Situasi ini adalah amat malang, pemimpin Umno dan Umno semakin mereput, kerana perjuangan mereka sudah tidak dapat membedakan lagi mana salah dan mana tidak salah.vPara perwakilan mengiakan tindakan dan perilaku sebegini.
Dengan sikap yang sambil lewa , tindakan kabur dan tiada apa-apa tindakan yang diambil maka jelaslah, mereka mempersetankan undang-undang. Malah undang-undang negara sendiri amat imun dengan pemimpin Umno. Pemimpin Umno mengatasi kedudukan undang-undang. Ini sebabnya mereka jadi kebal dan imun dengan tindakan mana-mana dn apa-apa undang-undang negara ini.
Kita sungguh rasa malu dengan tindakan pemimpin dan Umno sendiri. Bangsakan diperlekehkan, Islam yang kita bawa makin dijauhi , apatah lagi bangsa-bangsa lain mahu dekatinya. Kerana suri tauladan kita (pemimpin Umno) yang memberi persepsi paling buruk tentang imej Islam dalam negara ini.
- Umno Youth and Wanita leaders remain unchanged, new Puteri chief
- Two racist senior cops in Penang suspended
- Vincent Tan doing things hi
1 comment:
Jangan dok salahkan orang yang telah dipilih, sebab siasatan dibuat oleh orang-orang dari ahli UMNO dan yang buat dakwaan pun dari kakitangan UMNO ,jadi macam mana rakyat nak sanggah keimunan itu.
Post a Comment