A Rahman
A Rahman
SENAI - Kerajaan yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hendaklah menunaikan janji manifesto menerusi pelaksanaan yang lebih berkesan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A Rahman Mahadi berkata, selepas mendapat mandat daripada rakyat, kerajaan harus mengotakan janji seperti mana dalam manifesto pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau juga mahukan parti politik yang tewas supaya akur dengan keputusan kerana dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan kalah.

“Kami di PPPMM dan selaku rakyat Malaysia zaman pasca PRU 2008 berpendapat, kita semua telah menyaksikan lima tahun hidup rakyat telah dibebani kempen politik.

"Setiap hari dengan semua isu dan perkara harian dijadikan modal politik khususnya dalam kalangan mereka yang mahukan ‘good governance’.

“Jadi keputusan PRU13 ini adalah menjadi jawapan suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.