Sunday, March 24, 2013

MB N9 alih fakta, ajak rakyat bengap macam dia

MB N9 sengaja buat bengap, semua orang tahu negara kita mengamalkan sistem Westminster yang memisahkan 3 badan berasingan iaitu eksekutif, legaslatif dan judiasari. Tetapi amalan kerajaan British bekas penjajah negara ini, mereka sentiasa menjunjung mendokong dan mengimani perlembagaan negara mereka. Walaupun mereka adalah manusia kafir, tetapi rasa moral , etika, adat mereka amat tinggi berbanding dengan kerajaan Mohd Hasaan N9.

Usahlah memperbodohkan rakyat dan rasa cerdik sangat MB N9, kerajaan mana-mana negeri pun sah walaupun Dun terbubar. Takkan lah semua jentera dan kakitangan dan jabatan serta agensi kerajaan ditutup ?




Kerajaan N.Sembilan Masih Sah Walau DUN Terbubar Selasa Ini - MB

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, Selasa ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.
Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.
"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac)hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada pesara tentera dan merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur di Kem Sunggala, di sini, Ahad.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.
Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.
Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.
"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Pada majlis berkenaan, seramai 30 bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat pertama dan kedua menerima pingat PJM yang disampaikan Mohamad mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - BERNAMA

No comments: