Tuesday, March 12, 2013

Mandat Rakyat Tamat , Parlimen Tidak Dibubar: Apa nak jadi dengan negara ini ?

Mandat kerajaaan UmnoBn sudahpun tamat pada 8 Mac 2013 yang lalu. Genap lima tahun pemerintahan kerajaan UmnoBn. Keenganan beserta dengan ketakutan Najib 1Malaysia membubarkan parlimen adalah memberi satu impak besar dalam landskap politik negara. Tindakan mundur bawah tranformasi yang dizikirkan gagal beliau laksanakan atau praktikkan. Walaupun beliau amalkan konsep wasatiyyah dalam tindakan politiknya.

Tindakan beliau itu sudah boleh dikatogerikan sebagai 'satu bentuk jenayah politik, atau jenayah perundangan, beliau langgar semua dasar dan prinsip perundangaan yang dijadikan amalan  dalam dunia moden kini.

Najib bakal mencipta satu lagi krisis perlembagaan dalam negara. Apa jua alasan yang diberikan dari segi prinsip dan moral adalah sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima sama sekali. Melanggar mandat rakyat kerana enggan adakan pilihanraya lagi. Demokrasi jenis apakah itu ?

Tindakan beliau tidak membubarkan Dewan Rakyat adalah satu tindakan tidak bertamadun dalam sejarah negara ini.

Kerajaannya masih lagi bermimpi dengan pelbagai impian ?



BN Sasar Menang 160 Kerusi Parlimen
JOHOR BAHARU: Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, BN juga berkemampuan merampas kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum tahun ini.
"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen PAS, 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."
"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pada pemberita selepas merasmikan taklimat jentera penerangan BN Johor di Dewan Tan Sri Mohamed Rahmat di sini.
Beliau berkata, suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.
"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan B Nakan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU-12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan," katanya.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghentikan tsunami politik yang berlaku pada 2008 menerusi pelbagai program seperti Gagasan 1Malaysia dan bantuan-bantuan kepada rakyat di bawah jenama 1Malaysia.
"Kesemua perkara ini telah menghentikan tsunami politik, jikalau kita telah berjaya menghentikannya, takanlah kita tidak boleh mendapat lebih daripada 140 kerusi Parlimen (yang kita perolehi pada PRU-12)," katanya.
Namun kata Ahmad, jentera BN perlu terus bekerja-keras melakukan persiapan dan mengelak daripada melakukan "cah keting" atau sabotaj parti, sebaliknya mematuhi arahan pemimpin serta menyokong calon-calon BN.
Mengenai negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang, katanya, secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang.
Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 kali ini, beliau berkata, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan.
Bagi masyarakat Cina katanya, mereka amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik.
Di dalam perkara terbabit, Ahmad berkata masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik.
"Saya yakin masyarakat Cina akan berubah pandangan pada pilihan raya umum kali ini," katanya. BERNAMA

1 comment:

Sabina45 said...

Negara kita ada perlembagaan lengkap serta peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah akta rasmi negara? Kenapa undang-undang yang telah digubal oleh parlimen yang diberi oleh rakyat dicampak kedalam tong sampah,? Adakah Najib takut dengan apa yang telah diciptakan sendiri? Soalan-soalan inilah yang berputar dikepala rakyat yang ingin melihat UMNO/BN kecundang dalam PRU13 nanti Insyaallah .