Sunday, March 03, 2013

Kesulatan Sulu: Tahap Negara Selamat Diuji !

Bercakap soal keselamatan negara ia adalah soal paling sensitif. Kerajaan memaklumkan kepada kita tahap keselamatan negara adalah ke 19 terbaik di dunia. Dan ada 6 peringkat perbandingan kedudukan keselamatan terbaik Malaysia di dunia, peringkat Asia Tenggara, peringkat Asia Pasifik, peringkat Asia dan peringkat dunia. (Slide kursus BTN bertajuk 1Malaysia: Gagasan....)

Jika begitu kenapa perairan negara mudah diceroboh dan dibolosi, macam mana dengan peranan Kapal Selam canggih kita / Bagaimana dengan radar satelit kita tempoh hari.Orang keselamatan tahulah ..

Oleh itu, inilah ujian dan takdir ALlah kepada negara kita, mahu menguji tentang apa yang kita ucap dan uar-uarkan kepada rakyat. Adakah ia benar atau sebaliknya ?

Adakah, kita mahu salahkan atau letakkan semua kepada takdir, bagaimana dengan usaha-usaha kita pulak ?

Kita tidaklah boleh mengulas panjang kerana harus hormati pasukan keselamatan kita yang tidak berpolitik dan mahu dipolitikkan ...



Pengganas Sultan Sulu tidak sayang nyawa


SULTAN SULU, Jamalul Kiram III menghubungi adiknya, Raja Muda Agbimudin yang mengetuai 200 pengikutnya untuk menceroboh Sabah pada satu sidang akhbar di Alabang, Manila.


MANILA - Jurucakap Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa 'tentera diraja' yang memasuki Sabah akan berjuang hingga ke hujung nyawa dan tidak sesekali meninggalkan negeri tersebut.
"Kami telah membuat keputusan bahawa maruah lebih utama daripada nyawa," kata jurucakap berkenaan, Abraham Idjirani di sini semalam.
Menurutnya, konfrontasi kumpulan mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah masih belum berakhir dan menolak kenyataan sebaliknya oleh pemerintah Filipina sebelum ini.
Namun, Idjirani mengesahkan tiada pertempuran antara baharu berlaku antara kedua-dua belah pihak sejak pukul 8 malam kelmarin.
Dalam insiden kelmarin, seramai 12 warga Filipina dan dua komando polis Malaysia terbunuh dalam pertempuran pasukan komando polis dengan sekitar 200 anggota kumpulan itu yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram

SEORANG anggota komando polis berkawal di kawasan sekitar 3 kilometer dari lokasi kumpulan bersenjata Filipina berkubu di luar Lahad Datu, Sabah.


Mengulas mengenai nasib Agbimuddin, Idjirani berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada Raja Muda dan pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah sekitar tiga minggu lalu untuk menuntut hak ke atas negeri Sabah.
Dalam pada itu, anak perempuan Kiram III, Jacel Kiram semalam turut menggesa saudara lelakinya itu supaya terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir.
"Keputusan kami tetap sama. Mereka tidak akan pulang kerana maruah lebih tinggi nilainya daripada nyawa," kata Jacel dalam satu kenyataan semalam.
"Saki baki 224 pengikut Sultan Sulu di Sabah memutuskan untuk mati di Lahad Datu bagi mengejar impian dan aspirasi mereka," tegasnya.
Menurut wanita tersebut, selepas sembilan pengikut lelaki dan seorang wanita dikebumikan, semua 224 anggota kumpulan mereka yang masih tinggal memutuskan untuk menyerahkan nasib kepada takdir. - Agensi


No comments: