Saturday, October 13, 2012

Antara sahabat dan musuh yang halakan senjata, apa perlu buat ?

Hari semakin hari, pilihanraya umum semakin dekat. Yang berkuasa paling takut kehilangan kuasa. Yang mahu mendapat kuasa semakin kuat usaha untuk berkuasa. Masing mengatur strategi masing-masing, tentunya pihak yang ada kuasa amat banyak strategi yang digunakan dengan pelbagai cara dan pelbagai alat yang diperalatkan.

Semua parti sibuk menguruskan strategi masing-masing, rakan-rakan UBN masih terlalu mengharap strategi yang dijalankan oleh Umno. Amalan kebergantungan berlaku sejak dulu. Sebab itu Umno nampak kuat dan dia kuasa apa sahaja yang ada dalam kerajaan. Itulah yang ia mahu rakyat nampak dan itulah juga yang mahu dinampakkan oleh Umno.

Kini, Umno sudah tidak lagi boleh mendabik dada. Umno sudah tidak lagi segagah dahulu dan segarang dahulu. Walaupun sudah 54 tahun kekal berkuasa. Walaupun berkali-kali mendebik pembangkang setiap kali pilihanraya. Dulunya cuma atau  jika ada pembangkang hanyalah satu-satu parti yang ada cuma Parti Islam SeMalaysia (PAS) mewakili Melayu dan DAP mewakili kaum Cina. 

Kini segala-gala sudah berubah, PAS pun sudah bijak mengatur strategi, pada pemimpin dan pendokong juga sudah mulai terbuka dan membuka perjuangan mereka. begitu juga dengan DAP.

Sejak angin perubahan itu ramai penganalisa dan penulis mengkalsifikasikan perjuangan dan masa depan PAS yang menuju alaf baru ataupun PAS Baharu, telah membawa segala-gala dimensi baru. Maknanya PAS sudahpun melakukan tranformasi besar-besaran dalam meendekati kaedah dan strateginya.Maka macam-macamlah yang diperkatakan. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju langsung dalam hal itu. Apa pun ia berjaya menarik minta penganalisa serta rakyat dalam hal ini.

Umno sejak dulu lagi nampak gah, berjaya dan terus menerus berjaya memperdaya lawannya. Hatta yang paling banyak diperdayakan olehnya adalah rakyat terbanyak. Sebab itulah Umno dapat kekal bertahan dan kekal lama. Di samping pembangkang di Malaysia sebelum ini  tidak pernah kuat pun. Apatah lagi bersatu bawah satu 'pasukan' untuk menumbangkan UBN.

Justeru, kali inilah yang menampakkan pembangkang semakin kuat. Gabungan PAS, DAP dan PKR. Mereka gelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat (PR). Di mana dulu-dulu kita tidak dapat membayangkan dua parti yang berbeda arah dan hala tuju serta dasar perjuangan ini boleh duduk bersatu. Inilah yang dikatakan perkembangan politik baharu.

Namun, sesudah semua itu nampak menyakinkan dan memberi harapan baru kepada rakyat. Parti PAS terus menerus dilanda 'peperangan' pendekatan. Umno semacam tahu punca dan laluan yang retak di dalam parti PAS.

Oleh itu, dilakukan usaha-usaha mendekatkan diri yang boleh dijadikan jembalang. Amalan pecah dan perintah zaman British yang penjajah gunakan dieksplotasi sepenuhnya bagi memecahbelahkan perpaduan dalaman PAS. Caranya, dengan mendekati bekas-bekas pimpinan atau pimpinan atasan yang 'kecewa' atau 'kalah', bagi menyerang semula daripada dalam.

Inilah yang dinamakan sebagai senjata sendiri dihalakan kepada rakan-rakan. oleh itu, segera ',alihkan senjata' dengan merampas ataupun mematikan sipemegang senjata berkenaan.

No comments: