Friday, August 10, 2012

Tahniah Tiong: Kempen Nafsu

Baguslah, banyak tanda dan benda yang boleh difikitkan dengan kempen kawal nafsu. Sepatutnya dipelebarkan kepada orang atau kumpulan yg sepatutnya.

Kalau setakat nafsu makan, sahaja tidaklah jadi ia sebagai kempen. Nampak Tiong sudah mulai faham anjuran islam.

Sepatut Tiong kempen supaya kempen kepada menteri-menteri UmnoBn supaya jangan sangat kuta nafsu ke projek tau...

Moga-moga berjaya lah kempen dia tu. Sepatutnya Pengerusi SYABAS malulah sikit kat Tiong, takut depa tu tak ada kemaluan kot..



Kempen kawal nafsu makan

Zaki Amiruddin TIONG LAI menunjukkan contoh set hidangan seimbang untuk musim perayaan Aidilfitri di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Kecenderungan rakyat Malaysia untuk menjadikan musim perayaan sebagai pesta makanan mendorong Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan dengan melancarkan kempen ‘Amalkan 55555’ bagi menggalakkan diet sihat serta mencegah obesiti.
‘Amalkan 55555’ merujuk kepada makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kempen tersebut bukan hanya terhad untuk musim perayaan Aidilfitri tetapi wajar menjadi ikutan sepanjang masa.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan secara rawak dalam kalangan 181 orang responden dewasa pada sambutan Tahun Baru Cina lalu, sebanyak 51.4 peratus responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut perayaan itu.
“Jadi secara puratanya berlaku peningkatan berat badan sebanyak 0.7 kilogram bagi setiap responden.
“Kita perlu ingat, perut yang terlalu kenyang adalah punca kepada semua penyakit, jadi makanlah secara sederhana,” katanya pada sidang akhbar pelancaran kempen Makan Secara Sihat Pada Hari Raya di sini semalam.
Tambah Tiong Lai, pengambilan makanan yang tidak terkawal serta kesukaran mengawal nafsu makan boleh menyebabkan peningkatan berat badan secara mendadak selain lebih terdedah kepada risiko penyakit kronik.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati kadar obesiti di Malaysia meningkat daripada 14.0 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada 2011.
Tiong Lai memberitahu, pakar diet mencadangkan lelaki dewasa mengambil makanan tidak lebih 2,000 kalori manakala perempuan sebanyak 1,500 kalori sehari.
Panduan amalan makan secara sihat itu boleh dimuat turun melalui laman web www.moh.gov.my atau http://nutrition.moh. gov.my

No comments: