Pusing serta telek ikut mana sekalipun parti Umno adalah parti yang memperjuangkan bangsa. Bagi mana-mana parti yang membela bangsa adalah parti asas perkauman dan parti yang bakal mengasaskan perbalahan dan pertelingkahan kaum.
Sejarah sendiri membuktikan bagaimana parti politik yang memperjuangkan bangsa bakal akan membantai bangsa-bangsa lain yang ada dalam sesebuah negara. Ini bilamana bangsa-bangsa lian yang berada dalam negara berkenaan tentu lambat laun merasakan bangsa mereka ditindas, dinafikan hak dan lain-lain rasa dan perasaan mereka yang sehari ke sehari semakin memendem rasa serta membungkam api kemarahan tertanam dan hanya menunggu masa sahaja akan meletup.
Inilah bahaya api perkauman yang ditiup oleh Umno dalam negara ini. Sebenarnya umno sendiri tidak akan kekal kuat duduk bertahan. Akan tiba masa parti bangsa berkenaan akan menjunam merudum lemah.
TPM hari ini mengapa takut secara luarbiasa. Sudah 12 kali pilihanraya yang memihak Umno Bn kenapa dipusingan ke 13 umno merasa terancam dan terlalu amat takut bakal kehilangan kuasa, jika bukan kerana sesuatu dan ada sesuatu.
Di bawah adalah rayuan TPM, rayuan berupa ancaman. Segala yang pandai adalah Umno.
PRU13 Bukan Sekadar Pertaruh Kuasa Politik, Tapi Nasib Bangsa - Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan medan penentuan terhadap kelangsungan perjuangan Umno untuk terus membela nasib rakyat.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perjuangan Umno bukan sekadar untuk mempertahankan kuasa politiksemata-mata sebaliknya bagi memastikan parti itu terus menjadi benteng dan pembela rakyat.
"PRU-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan kelangsungan perjuangan Umno.
"Ingatlah, yang kita pertaruhkan bukanlah sekadar kuasa politik, tetapi seluruh isi perjuangan dan nasib sebuah bangsa," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional BukitJalil, di sini, Jumaat.
Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, memberi peringatan tegas kepada seluruh ahli Umno agar mempertahankan benteng perpaduan dan keharmonian negara yang diperjuangkan Umnodengan pelbagai ideologi songsang dan tidak bermoral.
"Jangan kita biarkan musuh-musuh kita merosakkan perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina. Jangan benarkan mereka menyebarkan dakyah dan ideologi songsang yang mempengaruhi akidah kita.
"Jangan izinkan mereka merosakkan amalan hidup kita yang beretika dan bermoral. Jangan sama sekali restui dan membiarkan rakyat dinodai dengan faham yang menyesatkan, ideologi yang mengharu birukan," katanya dihadapan kira-kira 100,000 ahli dan penyokong Umno yangmembanjiri Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain itu Muhyiddin berkata Umno perlu kekal sebagai tonggak harapan rakyat bagi memelihara keharmonian negara.
"Jangan sesekali kita lupa, bahawa Umno perlu kekal sebagai benteng kepada rakyat.
"Umno sebenar-benarnya pembela rakyat. Andaikata kita membenarkan benteng ini rosak dan terhakis, maka akan rosaklah segala kota perpaduan dan keharmonian yang terbina selama ini," katanya.
Justeru Muhyiddin menggesa ahli Umno agar sentiasa bersedia menghadapi PRU-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
"Suka saya mengingatkan seluruh ahli Umno bahawa kita tidak punya banyak masa lagi untuk bersiap siaga. Pilihan raya sudah benar-benar hampir tiba.
"Yang Amat Berhormat Presiden, kami telah bersedia mengorak langkah, taat setia sudah kami tumpahkan, tekad dan iltizam telah kamiikrarkan.
"Tiuplah semboyan perang. Ayuh kita ke medan juang. Tiadalah yang paling bermakna buat parti kita, melainkan kemenangan dalampilihanraya akan datang," katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Katanya lagi, selepas 66 tahun penubuhan Umno, parti itu sudah membuktikan kemampuannya untuk berubah mengikut kesesuaian masa tanpa mengorbankan asas dan matlamat perjuangan parti.
Jelasnya sejak 66 tahun lalu, Umno tidak pernah berkompromi dengan apa yang diperjuangkannya termasuk memainkan peranan mempelopori agenda transformasi negara.
Muhyiddin turut menyeru agar seluruh ahli Umno yang kini mencecah lebih tiga juta agar memberi keyakinan dan kesetiaan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam memastikan Umno terusrelevan dan mendapat tempat di hati rakyat.
"Marilah kita bersama-sama memberikan keyakinan, bahawa Umno dan seluruh warga komponen Barisan Nasional sudah bersedia dalam memastikan iltizam kita mendapat mandat yang lebih besar dalam pilihan raya yang akan datang dapat direalisasikan," katanya.
No comments:
Post a Comment