Apa yang ada dengan Najib, semuanya diatur, dibayangi, dilindungi, dikuasai oleh orang sekeliling. Paling menonjol adalah mentor beliau mantan PM Dr M ..
Hari ini Dr M seolah-olah bercakap sebagai PM dengan mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah badan politik, kerana marah dengan Bar Council ini gara-gara ahli mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan khasnya pasukan polis membelasah para peserta Himpunan Aman BERSIH 3.0 baru-baru ini.
Kenyataan dan kecaman Majlis Peguam sebuah badan profesional yang tidak lagi seia dan sekata dengan kerajaan dalam banyak hal, atau sering berlaku percanggahan pandangan menyebabkan mantan PM kurang selesa.
Kini, Najib sudah hilang kawalan. Beliau diperalatkan oleh mereka yang berada sekeliling beliau. Petanda bagi membubarkan parlimen gagal dilunaskan, walaupun dalam ucapan bernada seloroh pada ahad lepas beliau teruja sangat untuk menghadap YDPA bagi melakukan hajat berkenaan. Jelas wibawa beliau sebagai PM tidak dapat diserlahkan. Selain kegagalan, ketidaktegasan serta ketidakmampuan beliau bertindak sebagai PM yang tegas berprinsip dan berautoriti.
Paling tercabar adalah berhubung dengan SBPA bagi menggantikan SSM bagi seluruh kakitangan yang dipersetujui, kemudian dibatalkan dengan begitu pantas dan cepat sekali.
Malah beliau tiada kekuatan langsung, hanya kekuatannya bergantung dengan tindakan mantan PM Dr M yang membelasah rakyat itu dan ini. Sementelahan pula media banyak memberi fokus kepada mantan PM Dr M tentang apa sahaja isu perkara yang disuarakan oleh mamak ini.
Cuma kekuatan yang ada pada PM Najib adalah berslogan itu dan ini, dan bercakap soal integiriti umpama burung tiong yang diasuh dan dilatih oleh para pengembalanya. Sebagai contaoh 1Malaysia, NKRA, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan sebagainya.
Inilah gambaran wajah sebenar PM najib.
No comments:
Post a Comment