Tuesday, May 01, 2012

BERSIH 3.0: Hukum karma kepada penguasa zalim dan angkuh ?

Api kemarahan rakyat kini terarah kepada kerajaan UmnoBn disebabkan tindakan pasukan polis, gara-gara mahu memadamkan Himpunan BERSIH 3.0 yang merupakan satu sejarah kepada perjalanan sistem demokrasi di negara ini. Pasukan polis yang sepatutnya bertugas menjaga kemanan, keselamatan, ketenteraman awam kini bertukar watak ganas menjadi pembuli, penindas, pembelasah rakyat yang lemah ini. Dan paling teruk adalah petugas tegar Umnopro dgn menjadi pensetia parti itu bagai tidak berotak.


Tindakan pasukan polis sangat memalukan imej negara kepada dunia luar. Dengan ini menandakan perjuangan rakyat ini (BERSIH 3.0 ) semakin benar. Jika kerajaan yang ada benar dan betul mengapa mereka terlalu gabra dan panik.

Sepatutnya kerajaan tidak panik dengan himpunan bersih dan aman ini. Namun atas banyak dosa dan kesalahan mereka kepada rakyat dan negara ini. Mereka berfikir secara tidak keruan, untuk membendung api kemarahan rakyat, mereka juga terasa kuasa mereka kian di ancam dan terancam oleh rakyat serta semakin hampir untuk ditamatkan.

Sebelum mereka terhukum , mereka bertindak sebagai penghukum.Inilah wajah hodoh sebenar mereka.

Melihat kepada muka muka anak muda yang berada dalam Himpunan ini, mereka bukanlah muka muka penyangak, penjahat, penghuru harakan negara. Mereka adalah muka muka yang ceria yang mahukan perubahan rakyat marhein dibela, mereka adalah muka muka yang sedar ibubapa mereka diperbodohkan. 

Penganugerahan rakyat kepda pemimpin yang ada bukanlah anugerah mutlak, tetapi adalah pinjam sekejap kepada wakil rakyat untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat. Itulah waadat antara rakyat dan pemimpin.

Tetapi pemimpin Umno Bn salah erti, mandat ini dianggap seolah-olah hak mutlak milik mereka. Dan mereka berhak membuat apa sahaja di negara ini. Merekalah menjadi tuan, bukan 

Rakyat terus menemdamkan dendam mereka dari sehari ke sehari. Selepas satu persatu peristiwa hitam pasukan polis negara kita membungkam perasaan rakyat. Kemuncak adalah Perisitiwa Memali, Lubuk Merbau sekadar satu dua contoh bagaimana rakyat dizalimi.

pasukan keselamatan yang sewajarnya hanya bertugas menjaga keamanan kini menjadi ' barua' suruhan barisan hadapan kepada kerajaan Beruk Bn.

1 comment:

Nazaruddin si Hamba Allah said...

Aku cukup tak bersetuju hanya UMNO dipersalahkan atas keganasan polis anjing-polis anjing dalam BERSIH 3.0. Memang semua orang tahu dalang di belakang polis-anjing-polis anjing ini adalahg UMNO-BN, tetapi pemimpin politik, rakyat dan semua pihak tidak dapat lari daripada menyalahkan polis anjing ni jugak sebab pelaku kejahatan dan keganasan ni memang polis anjing-polis anjing ni. Mereka juga harus dipersalahkan dan dikecam! Kenapa masih ada nada macam nak control baik bila buat komen dan ulasan terutama bagi pemimpin PR? Takut sangat ker untuk mengecam kebinatangan polis anjing-polis anjing ni? Rakyat dah lama rasa tertindas dengan sikap puak2 polis anjing yang bermaharajalela dalam masyarakat hanya kerana mereka memiliki kuasa & senjata di tangan! Kalau ulasan dengan nada yang sama masih keluar dari mulut pemimpin2 PR,terutamanya selepas bukti2 jelas sikap kebinatangan polis anjing-polis anjing terhadap rakyat dirakam dalam BERSIH 3.0 tempohari, nescaya keyakinan rakyat kepada PR sendiri akan pudar dan luntur. Persepsi rakyat kepada sikap lunak dan control baik pimpinan PR kepada pihak polis anjing-polis anjing ni seolah-olah mereka juga mahu mempergunakan anjing-anjing tersebut bila mereka berkuasa kelak! Polis sepatutnya jaga kepentingan rakyat, bukan jaga pemimpin politik sebab pemimpin politik pun macam polis juga kena jaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat! BERSIH 4.0 patut digerakkan dengan segera khusus untuk mengecam dan membantah sikap jahat & kebinatangan polis-polis anjing Malaysia ni. Kejahatan dan kebejatan polis bukan hanya di perhimpunan BERSIH sahaja tapi berlaku setiap masa dalam kehidupan masyarakat hari-hari. Mereka rasuh, menyamun, mengugut dan bermacam lagi jenayah termasuk membunuh secara yang tidak sah serta bersekongkol sesama mereka untuk merekacipta bukti untuk mengaitkan rakyat dengan kesalahan bagi menutup kesalahan mereka. Lihat saja bagaimana kes adik Aminulrasyid! Malahan banyak lagi dimana tiada nampak tindakan yang sewajarnya dijatuhkan ke atas pelaku jenayah dari kalangan polis anjing-polis anjing tersebut. Bagaimana dengan soal keganasan polis anjing-polis anjing dalam BERSIH 2.0 tempohari? Apakah hukuman dan tindakan pada keganasan yang mereka lakukan? Atau masih lepas bebas? Perlukah rakyat menggunapakai hukum dan undang-undang sendiri untuk mengajar polis anjing-polis anjing ni semua tanpa berlandaskan undang2 dlm poerlembagaan?