Thursday, May 31, 2012

Adalah malang bagi rakyat mempunyai pemimpin kalangan bangsawan. Ini kerana pemimpin yang lahir di kalangan bangsawan gagal memahami jerih payah golongan marhein.

benarlah bagi dihujahi oleh Raifizi Ramli pengarah strategik PKR dengan Khairy Jamaluddin ketua Pemuda Umno dalam Debat Sinar baru lalu berhubung isu Tabung Pinjaman Pelajaran PTPTN , bahawa baagimana peminjam anak bilis dikejar sebegitu rupa tindakannya sebalik jerung dilepaskan bebas.

bawahan dilihat terlalu amat mematuhi undang-undang yang dibuat oleh kalangan bangsawan




Bagaimana mahu menguruskan perbezaan pendapat golongan bangsawan yang melihat undang






Saya Sokong Bersih 3.0 Tetapi Bukan Cara Langgar Undang-Undang - Tunku Aziz
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada Isnin memberitahu beliau sebenarnya menyokong penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 tetapi bukan dengan cara melanggar undang-undang.
Jelasnya, perhimpunan Bersih yang bermatlamat untuk menuntut supaya pilihan raya yang bebas dan adil amat dipersetujui dan disokong beliau.
"Namun setiap kenyataan dan isu-isu berkaitan banyak mengatakan Tunku Aziz membantah Bersih 3.0, dan ia adalah tidak benar.
"Saya menyokong Bersih 3.0. Bagaimanapun, secara asasnya, saya menentang ia diadakan secara demonstrasi jalanan, bukan sahaja DAP tetapi juga mana-mana parti yang mahu melanggar undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.
Tunku Abdul Aziz menerima kecaman hebat daripada pembangkang termasuk kepimpinan DAP ekoran kenyataan terbukanya membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong parti itu pada 28 April lalu.
Menurut Tunku Abdul Aziz, kenyataan beliau mengenai Bersih 3.0 mendapat teguran daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang tetapi telah menjelaskan bahawa ia bukan merujuk kepada penganjuran perhimpunan itu.
“Saya menegaskan bahawa penganjuran Bersih di Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan. Terdapat perbezaan antara membantah Bersih dan bantahan terhadap hasrat (penganjur) untuk melanggar undang-undang,” katanya.
Beliau menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak bertahun-tahun namun katanya: “Anda tidak boleh mengesahkan sebagai NGO sekiranya anda menggalakkan orang ramai untuk melanggar undang-undang.”
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini tidak membenarkan lokasi asal Dataran Merdeka sebagai tempat mengadakan perhimpunan Bersih 3.0.
Keputusan itu adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan.
Tindakan Tunku Abdul Aziz yang menyuarakan bantahan terhadap Bersih 3.0 menyebabkan DAP tidak menyambung perkhidmatannya sebagai Senator.
Beliau secara rasminya mengumumkan untuk keluar dari DAP pada 14 Mei lalu dan sebelum itu terlebih dahulu meletakkan jawatannya sebagai naib pengerusi parti.

SPR: Lagi dijadikan alat dan diperalatkan terus

Benarlaah seperti yang dihujahkan oleh Ust Idris Ahmad, SPR menjadi sayap atau Biro Politik Umno. Kesibukan SPR melakukan kerja-kerja teknikal saat-saat akhir bagaikan seumpama Biro Politik Umno.

Biro Politik umno yg sebenar tidaklah nampak gelisah sangat serta cemas sangat. Yang nampak teruja dan beria-ia melaksanakan kerja-kerjanya adalah SPR.

SPR akan bertindak apa sahaja bagi memastikan masalah teknikal tidak membebankan tuannya. Pastikan perjalanan piliharaya engikut kehendak biro Umno. Walaupun SPR sendiri mengeluarkan Akta Perjalanan Piliharaya 1981, kini penambahbaikan semasa ke semasa dikemaskini




Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 1- 30 JUN

PUTRAJAYA 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 mulai bulan depan bagi membolehkan 12,658,803 pemilih yang mendaftar sehingga 31 Dis 2011 membuat semakan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kempen bermula 1 hingga 30 Jun itu bertujuan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya pemilih menyemak status masing-masing sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kempen itu akan memberi lebih banyak ruang kepada pemilih membuat semakan dan mengemaskini maklumat pendaftaran masing-masing jika terdapat sebarang kesilapan dan ketidaktepatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

Wednesday, May 30, 2012

Karikatur : Mengapa SPR cemas sangat ni, apa yang tidak kena

Mereka menguasai semua media, mereka mengawal SPR , mereka juga yang membuat peraturan dan mereka juga yang mengatkuasakan peraturan, tetapi kenapa mereka takut.

Baru sebentar tadi SPR menguar-uarkan bahawa peraturan baru RUU PRU13 yang baru dibentangkan akan dikuatkuasakan segera oleh SPR yang mahu semua parti-parti politik mematuhi tidak membuat karikatur yang menghina pemimpin.

Bagaimanakah 'bentuk penghinaan' yang dimaksudkan ke atas pemimpin sahaja yang dijaga. Bagaimana dengan penghinaan karikatur kepada mereka yang bukan pemimpin, contohnya mufti. Dan kemudian adakah SPR mahu menjaga pemimpin parti politik sahaja 

Inilah bentuk dan kelonggaran undang-undang manusia yang cemas serta amat tergesa-gesa mahu luluskan

Apa takut dengan karikatur berkenaan, mereka mempunyai, menguasai akses media di negara ini, mereka boleh nafikan mereka boleh putar dan pusingkan, tetapi mengapa mereka amat takut sangat

mungkin kini, semua pencipta karikatur-karikatur yang sinis dan tajam sudah menggabungkan diri bukan lagi sebelah kerajaan. Macam kes nabi musa dengan tukang sihir sahaja kisahnya.


Tuesday, May 29, 2012

Umno pinjam ulama luar menyerang PAS

Penulis rencana Utusan Malaysia terlalu amat berpuashati bilamana berjaya lagi mencari Ulama Saudi menjadi Biro Umno Malaysia dengan jemputan datag ke Malaysia hanya semata-mata mahu menyinggung fatwa seperti undi PAS  masuk syurga .

Malah bukan setakat itu sahaja UM dengan nada rasa berjaya mendedahkan pula bukan setakat itu sahaja menyerang lagi dengan meletakkan berita front pagenya tertera tajuk 'fatwa jahil sesat'. 


Umno semakin terdesak terpaksa meminjam 'senjata' luar bagi menyerang musuh tradisinya. Maknanya ulama umno yang ada tidak cukup kuat itu tujuan itu.

Maka jelas kini ulama Saudi itu pula dijadikan atau menjadi kuda tunggangan Umno. Yang mana satu ketika dulu Umno sibuk sangat dan elergik sangat dengan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.


Rupanya mereka menunggang Ulama Saudi yang tidak tahu apa-apa dengan politik Malaysia. Macam lah arwah Ust Fadil Noor bercerita ada seorang ustaz bertaraf ulama pabila ditanya oleh seorang pendengar, katanya ustaz bagaimana dengan hukumnya kita minum air tin beer. kemudian ustaz berkenaan bertanya kembali, adakah air beer tadi macam kopi. Jawabnya pula jika macam kopi halal lah diminum. maka mengangguk-angguklah orang yang bertanya itu.


Sepatutnya ustaz berkenaan siasat dulu, pergi tengok macam mana air yang dimaksudkan lakukan proses siasatan kemudian barulah dikeluarkan hukumnya.

Kita bukan apa kesian ulama saudi yang diundang sebagai tamu ke negara ini, datang sahaja kena bercakap dan keluarkan fatwa undi pas masuk syurga sesat jahil bodoh dan sebagainya.

Nampak sangat ulama Saudi yang bergelar ulama tidak langsung menjaga mulutnya, apatah lagi datang ke Malaysia dengan niat itu sahaja. Berat minta rujuk dengan ulama muda Umno bab hati

Kita bukannya apa kesian, ulama ini datang beratus-ratus km semata-mata nak bercakap pasal fatwa terhadap PAS. 


Selain itu, kita juga pelik dan hairan islam sering dimangsakan dengan itu dan ini bilamana sesuatu benda itu mahu dijuruskan kepada islam, tetapi bagi kerja buat mereka tidaklah pula sesat, jahil dan sebagainya.


Sepatutnya hukum fatwa mestilah sama pada semua orang semua parti semua yang hidup di atas muka bumi ini. Perjuangan yang bermatlamat tidak mahu mendaulatkan islam bagaimana fatwanya, berhimpun sejumlah 2 juta melalak dan berhibur selak kain dan skirt dengan nama K Pop macam mana fatwanya.....








Seruan Dr.Sulaiman dan politik Pas


Pemimpin dan penyokong Pas perlu bermuhasabah untuk menilai apakah tindak-tanduk mereka dalam berpolitik bersesuaian dengan seruan Islam.
MUNGKIN pemimpin dan penyokong Pas tidak akan senang dengan pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa yang menyatakan undi sesebuah parti itu akan masuk syurga adalah suatu kejahilan, kebodohan, kesesatan serta tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang berakal, lebih-lebih lagi daripada seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan dan perbuatannya.

Selain itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia juga, Sheikh Dr. Sulaiman turut mengingatkan kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh seseorang orang Islam dan sesetengah ahli parti politik adalah tidak dibenarkan.
Bahkan beliau turut mengingatkan bahawa seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa juga keadaan sekali pun untuk menentang saudara seIslamnya.

Walaupun dalam wawancara itu beliau tidak menyebut mana-mana parti politik di negara ini, namun bagi penulis tidak salah jika kita merujuk apa yang diperkatakan itu berkait rapat dengan amalan politik Pas.

Mungkin seperti biasa pandangan daripada tokoh-tokoh ulama di luar lingkungan Pas tidak akan dipedulikan oleh penyokong tegar mereka, maklumlah parti itu sudah ada Dewan Ulama dan mursyidul amnya.

Namun begitu mereka juga perlu faham bahawa Sheikh Dr. Sulaiman tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik. Beliau melahirkan pandangan tersebut sebagai seorang ulama yang merujuk kepada al-Quran dan hadis.
Oleh itu, pemimpin dan penyokong Pas janganlahterlalujumud untuk menolak pandangan ulama di luar lingkungan parti mereka semata-mata kerana ketaksuban kepada politik.

Hakikatnya, sebahagian umat Islam sudah bosan dengan mainan politik Pas yang dilihat tidak sudah-sudah memperalatkan cogan kata, slogan dan seruan berbentuk keislaman untuk meraih undi.

Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu akan mengamalkan sikap mengakui antara yang hak dan batil. Jika sesuatu teguran yang dibuat oleh mana-mana ulama berkaitan dengan tindakan politik mereka adalah benar maka akui sahaja.

Tetapi malangnya keadaan sering berlaku sebaliknya, malahan masih jelas di ingatan kita bagaimana Pas menolak dan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi mempertahankan tindakan politik songsang mereka, justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kenyataan Sheikh Dr. Sulaiman turut akan ditolak oleh Pas.
Sikap politik sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang merasakan hanya ulama mereka sahaja berhak menegur parti itu akan merugikan umat Islam.

Namun dalam masa sama oleh kerana kejumudan dalam berpolitik, biar pun teguran dibuat oleh ulama Pas sekali pun kalau ia dilihat tidak menguntungkan politik parti itu, maka ia akan ditolak bulat-bulat.

Masih ingatkah kita peristiwa Dewan Ulama Pas memberikan kata dua kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal atau menyaman majalah itu.

Ketika itu Anwar dilihat seolah-olah tidak mempedulikan Dewan Ulama sebaliknya bertemu memberikan penjelasan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu isu berkenaan diam begitu sahaja.

Begitu juga dalam isu muzakarah apabila, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr. Harun Taib menegaskan ia perlu diadakan tanpa syarat, adakah ia didengari oleh kepimpinan Pas biar pun ia bertepatan dengan kehendak Islam?
Sudah pasti tidak sebaliknya, Pas menolak mentah-mentah usaha itu biar pun ia idea asal mereka dengan alasan isu tersebut sudah dimanipulasikan.

Biarpun dari semasa ke semasa banyak tindakan politik Pas bertentangan dengan seruan Islam dan telah pun mengubah haluan perjuangannya dari negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menganggap mereka parti Islam.

Sebab itulah, Pas lebih cenderung untuk menuduh UMNO menolak Islam dengan matlamat bagi membuktikan merekalah perjuang Islam sebenar.

Tetapi dalam masa yang sama banyak tindakan Pas boleh menjejaskan imej Islam, ini termasuklah bersekongkol dengan mereka yang menyokong pluralisme dan seks songsang.

Walaupun pemimpin Pas memahami bahawa mereka tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi parti itu sudah tidak ada pilihan kerana terikat dengan perjanjian politik merebut kekuasaan dengan PKR dan DAP
.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap kemaruk Pas untuk menagih undi daripada bukan Melayu, oleh itu Pas cuba tidak begitu menunjukkan keghairahan mereka bagi memperjuangkan Islam.

Keadaan ini sudah tentulah mengelirukan umat Islam kerana mereka tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pas.

Atas sebab itulah, wawancara dengan Sheikh Dr. Sulaiman harus diteliti dan dinilai dengan sebaik-baiknya oleh Pas jika benar mereka mengaku pejuang Islam.

Apa yang dihujah dan dinyatakan oleh ulama tersebut adalah demi kebaikan umat Islam di negara ini yang semakin berpecah-belah kerana perbezaan ideologi politik.

Sebab itulah Sheikh Dr. Sulaiman menekankan bahawa perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah masalah perpecahan supaya umat Islam menjadi umat yang bersatu.

Tetapi impian itu tidak akan tercapai di negara ini jika Pas terus memikirkan kepentingan politik semata-mata dan terus berpegang kepada pendirian bahawa UMNO menolak Islam.

Walaupun dakwaan terhadap UMNO itu dibuat secara konsisten oleh seorang sahaja pemimpin Pas namun beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam parti berkenaan.

Lebih malang lagi, Pas bersedia bekerjasama dengan PKR yang memperjuangkan kesamarataan dan DAP yang menolak penubuhan negara Islam semata-mata kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tonggak utama ialah UMNO - iaitu parti Melayu dan umat Islam terbesar di negara ini. Kalau beginilah sikap Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa, bagaimana mungkin umat Islam di negara ini akan bersatu padu dan bertambah kukuh.

Sekarang bukanlah masa untuk menuding jari menuduh siapa yang bertanggungjawab memecah belah ummah, kalau hujah ini mahu diperdebatkan sudah pasti Pas akan kalah. Ia kerana apa yang dicatatkan dalam perjalanan sejarah politik negara tidak akan mampu dipadamkan oleh Pas.

Pemimpin dan penyokong Pas boleh sahaja membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang disarankan oleh Sheikh Dr. Sulaiman. Namun mereka perlu memahami bahawa pendekatan politik yang diamalkan oleh parti itu sekarang sama sekali tidak akan menguntungkan Pas.

Mungkin Pas perlu merenung ingatan Sheikh Dr.Sulaiman,''Apa yang dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah politik umat Islam yang sebenar.''

Soalnya apakah sikap ini ada pada Pas yang memukul canang mengatakan mereka masih parti Islam? Fikirkanlah!

Monday, May 28, 2012

PRU13 : Kerajaan wajib ditukar

CUEPACS atau Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam semacam bagi tekanan saja dekat kerajaan. Dakwaan CUEPACS sejumlah 60 peratus kakitangan awam tidak mampu memiliki rumah kerana gaji mereka kecil dengan harga rumah pula terlalu amat  tinggi terutama di Lembah Klang.

Bagi kita, kini trend baru yang sihat dalam segmen masyarakat, dapat dilihat yang mana selama hari ini sistem penyampian maklumat kepada kerajaan gagal disampaikan. Dengan kerajaan menyangka semunya sudah cukup dan bagus bagi rakyat.

Benarlah sebagaimana kata Pak Lah PM yang disingkirkan Malaysia terlalu menumpukan pembangunan fizikal dengan membangunkan pula projek-projek fizikal mega dan amat berbangga di atas perkembangan berkenaan.

Walhal pembangunan fizikal kepada rakyat teramai terbai dan diabaikan. Justeru itulah sebabnya kini pakatan pembangkang memperjuangkan perkara berkenaan supaya rakyat dapat dibela 

Maknanya perjuangan Pakatan Rakyat (PR) nampak mulai dimengertikan betapa kebebasan bersuara adalah sesuatu yang penting dalam menyuarakan hak mereka.

Meminta dan menyuarakan sesuatu hak dan keperluan adalah tidaklah satu perbuatan yang melampau. Ini kerana seumpama tuan dengan hambanya. Rakyat dan kerajaan, pekerja dengan majikan. 

Minta adalah lazim bagi seorang pekerja kepada majikan. Contoh seorang pekerja mahu bercuti. Dia mestilah memohon kepada pihak majikannya. Maka barulah majikan itu tahu bahawa pekerjanya mahu bercuti.

Begitu juga dengan kerajaan jangan memekak kan telinga dan rintihan kakitangan nya sendiri gagal didengari, apatah rakyat teramai



Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah


MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
"Kadar faedah pinjaman perumahan empat peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada satu peratus," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Saturday, May 26, 2012

Ikhwan dah mulai kuasai Mesir, Malaysia bagaimana ?

Walaupun politik Malaysia Mesir berbeda, tetapi perjalanan jalan cerita politik akan tetap akan sama. Umno Mesir menindas rakyat Mesir selama lebih 30 tahun bawah regim Hosni Mubarak

Bagaimana dengan negara kita Malaysia..


Calon Ikhwanul Muslimin dahului pilihan raya Mesir

CALON Ikhwanul Muslimin, Mohammed Morsi melambai tangan kepada penyokongnya sewaktu berkempen di Kaherah pada 30 April lalu. - Agensi


KAHERAH, Mesir - Calon pergerakan Ikwanul Muslimin, Mohammed Morsi mendahului pilihan raya presiden Mesir yang cukup sengit berdasarkan keputusan tidak rasmi semalam.
Sementara bekas perdana menteri, Ahmed Shafiq dan bekas komander tentera udara, Hamdeen Sabahi bersaing untuk menduduki tempat kedua serta merebut peluang menjadi pemimpin Mesir.
Morsi setakat ini mendahului dengan 28 peratus undi, lapor akhbar bebas Al-Masry Al-Youm. Jumlah itu dilihat cukup untuk membawanya ke pusingan penentuan.
Pada awalnya, akhbar tersebut melaporkan bahawa Syafiq mendapat 21 peratus undi dan Sabahi dengan 20 peratus undi. Namun, Sabahi kemudian mencipta kejutan apabila menang di bandar Iskandariah.
"Keputusan ini menunjukkan bahawa rakyat mahukan alternatif ketiga.
Kedua-duanya mewakili golongan yang bimbang dengan pentadbiran Islam tetapi tidak mahu rejim bekas Presiden Hosni Mubarak kembali memerintah negara," kata jurucakap kempen Sabahi, Hossam Mounis.
Pilihan raya penentu akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun depan yang menyaksikan dua pemenang daripada pusingan pertama berentap.
Pemenangnya akan diumumkan pada 21 Jun depan.
Pilihan raya itu merupakan hasil daripada kebangkitan rakyat menumbangkan Mubarak.
Pilihan raya ini merupakan medan pertarungan sengit antara calon berfahaman Islamik dan pemimpin sekular yang berasal daripada rejim Mubarak. - Agensi

Friday, May 25, 2012

Umno hanya hidup atas MELAYU dan perjuangan Melayu sahaja

Modal besar uMno untuk terus kekal berkuasa adalah bertahan bercakap menghasut dan memainkan soal Melayu SAHAJA. Benarlah seperti yang diperjelaskan Dato Husam dalam satu sesi taklimat baru-baru ini bahawa umno akan berusaha keras meletakkan persepsi Umno itu segala-gala bagi Melayu dan Melayu itu segala-gala bagi Umno. Terutama bercakap tentang keterancaman Melayu di negara ini. Umno cuba membuktikan segala usaha yang dibuat dulu kini dan akan datang semata-mata unttuk Melayu. Semua bagi memenangi hati para pengundi Melayu.


Dengan kata lain Umno akhirnya mahu rakyat menerima bahawa Umnolah sahaja yang dapat atau sebagai benteng terakhir harapan dan masa depan bagi orang Melayu


Dalam masyarakat negara yang majoriti mewakil 50 ke 60 peratus adalah orang Melayu sebgai penduduk negara yang utama . Umno mahu hujahan ini akan termakan dakyah menjadi pegangan

Pemimpin Umno akan bercakap apa -apa sahaja yang macaam nampak akan menjejaskan melayu dan orang Melayu.

Dari sudut sejarah umno telah memindakan penduduk negara ini sebagai sebuah negara Melayu.satu-satunya negara Melayu didunia. Jika negara bangsa Arab tentulah banyak tiada negara di benua arab akan mendakwa mereka adalah negara Arab. Senjata inilah yang Umno pertahankan.

Sebaliknya pejuang agama tidak melihat bangsa itu didahulukan. Sebaliknya pejuang agama mengutamakan pencapaian agama dan keagamaan mereka lah perlu didahulukan. Apatah lagi bagi penganut agama islam.

Media dan pemimpin Umno amat kalut jika kuasa negara jatuh ke tangan bukan Melayu. Kehilangan kuasa dan kekuasaan Melayu menjadikan mereka gila, tambahan pula bilamana Perdana Menteri itu sendiri bukan di kalangan orang Melayu.

Biarpun PM berbangsa Melayu itu, rendah moral , tiada integriti, negara bakal muflis bawah nya tidak apa teori Melayu mahu dikekalkan.




PAS Perlu Nyata Pendirian Isu PM Bukan Melayu

BAGAN DATOH: PAS perlu menyatakan pendiriannya berhubung isu pelantikan individu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata parti itu tidak boleh berdolak-dalik dalam isu berkenaan seperti yang berlaku dalam isu muzakarah.
"Adakah apa yang dilontarkan oleh Karpal Singh secara rasmi menjadi pendirian kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.
Anggota Parlimen Bagan Datoh itu diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam, yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai berkata selagi hidup, beliau akan terus berjuang memastikan individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Ahmad Zahid berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut soal bangsa dalam menentukan jawatan Perdana Menteri tetapi secara konvensyen, perkara itu telah dipersetujui bahawa jawatan tersebut dipegang oleh orang Melayu.
"Kita meminta rakyat membuat penilaian terhadap pendirian dan sikap PAS dalam isu ini," katanya. -BERNAMA







Tuesday, May 22, 2012

Debat Rafizi - KJ: Rambutan dengan apple

Debat Rafizi vs Khairy selesai sudah. Rafizi terlalu jujur dan ilmiah Khairy macam biasa suka membelit dan lari dari dibelit. Apa pun tahniah Rafizi anda berani dan berjaya, seorang politituks muda yang hebat. Berjaya membawa halatuju fokus perbincangan sebenar malam ini.

Hujah mengilas Khairy apabila diasak Rafizi dengan kesalahan fakta Khairy cukup menyegat dan  memalukan bekas penasihat ekonomi Pak Lah itu sukar ditangkis, Khairy dimalukan. Beliau hanya dapat menjawab sekadar membuat perbandingan antara epal dan rambutan. Apabila beliau ayahnya dan datuk beliau mendapat pendidikan percuma sejak dahulu.

Inilah juga world third mentaliti yang dihujahi Rafizi. Bercakap tentang wawasan dan hala tuju kerangka pendidikan negara. 

Petanda kegagalan Umno membuat unjuran dan jangkaan. Mereka bukannya sibuk mahu memajukan rakyat tetapi sibuk untuk membelasah dan membaham duit rakyat.

Kesalahan pelajar tidak menjelaskan hutang PTPTN adalah amat besar kesalahan berbandingan kesalahan kroni membaham duit rakyat. Rakyat bilis dihukum jerung terlepas kenyang adalah pukulan maut Rafizi terhadap Khairy dalam hal ini.

Menyerang Anwar adalah strategi memburuk Anwar adalah untuk membina persepsi. Terimakasih medorator bertanyakan soaln maut kepada Khairy.

Menghujah kegagalan PR di Selangor melaksanakan beberapa perkara, meunjukkan rupa sebenar Umno Bn. Khairy mencabar PR supaya bubar perjanjian yang sudah dibuat. Kita mahu bertanya, jika disaman diadili oleh mahkamah bawah Umno, tentulah penghakiman berpilih dan keputusannya sudah diketahui. Hentikan provokasi murahan itu. Kedua, bagaimana kerajaan yang berPM kan orang islam, bermenteri orang Melayu islam dan berpegawaikan Melayu islam membatalkan perjanjian atau janjikan sudah dibuat.

Jika begitu hutang-hutang yang Umnoi Bn buat kita alih kan kepada kepada mantan-mantan MB spt Khair Toyo, MB kedah Umno, Koh Tsu Koon dll. Mudahnya pemikiran Umno Bn

Inilah world third mentality.....








Najib-Anwar perlu debat sebelum PRU13
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mei 2012
debat sinar terkini
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi
Ramli.
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.
Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.
"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.
Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.
Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi".


Kisah 3 katogeri ketam dan politik hari ini

Umno nampak marah dengan keazaman orang lain untuk menjanjikan itu dan ini. Pakatan PR tuntut agar akses media dibebaskan dengan konkangan keterlaluan kerajaan. Kini manifesto PR juga menjanjikan ke arah berkenaan.

Sindir dan marahnya mereka sudah tidak terbendung, sampai ke tahap memperlekehkan keazaman PR.

Penulis teringat kisah bual biacara rakan-rakan sekerja yang kembali membangkitkan kisah ketam yang terbagi katanya kepada 3 katogeri. Ada ketam Melayu, ketam Cina dan ketam India.

Keberadaan ketam di dalam 3 bekas yang berlainan. maka berlakulah dailog antara seorang pembeli dengan pemilik ketam berkenaan. ketam Melayu katanya perlu terbuka, ketam Cina bertutup dan ketam India juga boleh sama ada terbuka atau tertutup.

Jelas penjual kepada pembeli apabila ditanya kenapa ketiga-tiga ini beliau ambil pendekatan berbeda-beda.

Kata penjual berkenaan, ketam Melayu biar terbuka kerana jika mana-mana ketam yang mahu naik ke atas atau keluar daripada bekas berkenaan akan ditarik sama oleh ketam-ketam yang lain.

Manakala ketam Cina, tidak boleh terbuka kerana jika satu ekor ketam lain sahaja keluar ketam-ketam yang lain akan diheret dan diajak keluar sama oleh ketam yang lain.

Sementara ketam India penjual berkenaan biarkan sahaja kerana ketam-ketam ini akan bergaduh sesama sendiri dan akan mati begitu sahaja.

Diharap para pembaca dapat memahahmi mesej tamsil ibarat ini





Jika Putrajaya milik mereka, media bebas bagaikan burung terbang?

EKORAN tulisan minggu lalu, Siapa sebenarnya kuasai media dan menyekat kebebasan bersuara, timbul pula pertanyaan adakah media sama ada cetak atau elektronik akan ‘bebas’ seperti sekarang, lebih bebas bagaikan burung terbang atau ‘jatuh ke bumi’ jika pakatan 3P - PKR, DAP, Pas berjaya menawan Putrajaya?

Satu persoalan yang sukar dijawab jika dilihat suasana hari ini terutama melibatkan ‘sekatan’ yang dibuat secara tidak langsung terhadap media terutama di Pulau Pinang. Walaupun hanya sebuah negeri dikuasai 3P atau lebih tepat DAP tetapi ia sudah cukup untuk memberi gambaran bagaimana ‘kebebasan’ yang akan dinikmati oleh media.

Pada masa yang sama timbul persoalan sejauh mana kebebasan untuk media bersuara bagi menyatakan pendirian mengenai sesuatu isu? Adakah jika media Melayu menyuarakan kebimbangan mengenai nasib masa depan orang Melayu dan Islam, maka media itu akan dianggap rasis?

Adakah jika sesuatu yang dilaporkan ada kebenarannya dan terkena ‘batang hidung’ kerajaan, media akan dihukum? Ini lanjutan daripada tindakan yang dikenakan terhadap Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang ‘dihukum’ kerana pandangan songsang berkaitan Bersih 3.0. Walaupun pandangan itu berdasarkan fakta tetapi ia tidak selari dengan bos besarnya. Akibatnya, Tunku Abdul Aziz `dihukum’ dan sesuai dengan prinsipnya, beliau mengambil langkah meninggalkan DAP.

Mungkinkah juga selepas ini media akan menjadi seperti buletin kerajaan? Hanya mencetak kenyataan pemimpin tanpa soal balas daripada wartawan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Melihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, adakah media akan bebas seperti bebasnya burung terbang?

Mungkin ya, mungkin tidak. Rasanya, lebih berat kepada tidak. Tidak perlulah berselindung. Sedikit sebanyak akan ada ‘kongkongan’ tetapi janganlah menjadikan media seperti lembu dicucuk hidung atau kuda tunggangan yang hanya akan patuh kepada ketuanya yang berkuasa. Gunalah pihak yang sudah bersedia menjadi kuda tunggangan atau lembu dicucuk hidung.

Ekoran tulisan minggu lalu juga, seorang pembaca bertanya, adakah media milik 3P tidak pernah silap membuat laporan? Beliau mengajak penulis untuk menyelak semula beberapa laporan oleh media pembangkang seperti dakwaan Anwar diracun. Apakah kesudahannya? Benarkah laporan itu?

Begitu juga laporan berkaitan Menteri Besar Perak, Dr. Zambry Kadir. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana media parti pembangkang mengeluarkan berita bertajuk Zambry disyaki pengganas - Gagal masuk ke Amerika Syarikat. Apakah kesudahannya mengenai laporan ini?

Satu lagi soalan yang dikemukakan ialah sejauh mana media pada era pakatan 3P nanti jika menguasai Putrajaya boleh atau bebas melaporkan berita mengenai pihak sebelah sana? Maksudnya berkaitan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan sebagainya.

Pembaca itu kemudiannya mengajak penulis untuk menyelak lidah rasmi kerajaan 3P iaitu Selangor Kini yang pernah menumpang sebagai ‘sisipan haram’ dalam Utusan Malaysia.
Katanya, tidak ada satu pun laporan mengenai kebaikan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) kecuali yang dikaitkan dengan apa yang didakwa ‘penyelewengan’ atau ‘keburukan’ yang dilakukan oleh kerajaan kini atau terdahulu. Kata orang tidak ada yang tidak baik mengenai Selangor kecuali yang baik belaka. Apakah itu gambaran sebenar Selangor pada masa kini? Seolah-olah rakyat Selangor tidak pernah merungut mengenai masalah harian mereka, contohnya sampah tidak dikutip.

Penulis pernah menatap Selangor Kini, kadang-kadang mengambilnya di masjid selepas solat Jumaat. Ada ketikanya semasa sedang berjalan-jalan di Kajang, seorang lelaki warga emas mengagihkan akhbar itu tetapi dia akan bertanya: Free, nak baca tak? Kalau kita menggelengkan kepala, dia tak akan beri. Walaupun percuma, mungkin satu pembaziran jika akhbar 16 halaman itu diberi tetapi tidak dibaca.

Baru-baru ini, selepas keluar membeli-belah di sebuah pasar raya di Selangor, di cermin depan kereta penulis diletakkan Selangor Kini (isu 11-18 Mei). Ingatkan risalah projek rumah atau produk kesihatan atau bagaimana mahu cepat kaya.

Kira okeylah akhbar itu diletak di situ. Tindakan ini lebih bermaruah daripada menumpang akhbar yang diharamkan penjualan dan pembacaan di semua premis milik kerajaan negeri.

Dengan slogan Penggerak Kemajuan Saksama, di muka depan terpampang tajuk RM100 bantuan taska pada keluarga miskin. Keterangan gambar pula tertera JANJI DITUNAI...Kerajaan Selangor melancarkan Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) yang memperuntukkan RM100 bagi menghantar seorang anak ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Exco Selangor, Rodziah Ismail dan ADUN Taman Medan, Haniza Talha bersama para ibu dan kanak-kanak dalam pelancaran skim itu yang diadakan di Dewan Dato’ Ahmad Razali Klang.

Kandungan beritanya antara lain: SHAH ALAM - Bagi berjuta-juta ibu seperti pekerja kantin, Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.
Akan tetapi beban mereka diringankan apabila dipilih untuk menyertai program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) kerajaan Selangor. Umi Kalsum, 36, adalah antara peserta pertama ke dalam program Sikembar yang memperuntukkan RM100 bagi menghantar seorang anak ke taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut laporan itu lagi, setiap kanak-kanak dari keluarga yang layak akan menerima RM100 setiap bulan untuk kos menghantar anak ke taska. Rodziah memberitahu, sebanyak RM3juta diperuntukkan untuk bantuan itu bagi tahun ini.
Komen Selak: Daripada ‘berjuta-juta ibu seperti Umi Kalsum’, kerajaan negeri hanya menyasarkan 2,500 anak akan mendapat manfaat itu untuk tahun pertama (2012 berbaki tujuh bulan) walaupun sebanyak 25,000 keluarga dikenal pasti menerima skim bantuan itu.

Menurut laporan itu, tiga kategori rakyat berhak menerima bantuan iaitu berpendapatan RM1,500 ke bawah yang menanggung satu hingga tiga orang anak; RM2,500 ke bawah yang menanggung empat hingga lima orang anak; RM3,000 ke bawah yang menanggung anak melebihi enam orang. Setiap keluarga terhad kepada dua orang anak yang berumur bawah 4 tahun 11 bulan (Elok genapkan saja bawah 5 tahun).

Apa pun, tahniahlah kepada kerajaan 3P kerana menunaikan janji yang dibuat pada 2008. Persoalannya adakah program itu baru dilancarkan? Selak tidak pasti. Tetapi jika betul baru dilancarkan, maknanya selepas tinggal setahun lagi tempoh usia kerajaan negeri 3P itu, baru kini mahu dilaksanakan. Kalau dalam perlawanan bola sepak, ibarat bermain pada masa tambahan sebelum pengadil meniupkan wisel penamat. Atau ia sekadar mahu berpolitik?
Mungkin kerana faktor inilah, kerajaan 3P itu memerlukan sedikit masa untuk ‘melangsaikan hutang janji’ kepada rakyat. Justeru, kerajaan 3P tentunya tidak mahu pilihan raya umum diadakan sekarang kerana masih ada agenda yang belum selesai.

Usahlah mencari alasan dengan menyatakan rakyat tidak perlu janji imbuhan wang ringgit seumpama itu ditunaikan sebaliknya lebih menuntut sebuah kerajaan yang telus, efisien dan bertanggungjawab. Sebabnya, manusia dipegang kepada janji.

Monday, May 21, 2012

Umno pengkhianat Melayu sebenar

Umno kehabisanmodal dan kini gunakan talian hayat. Kini mahu manfaatkan serta gunakan sisa dan baki nyawanya iaitu dengan muzakarah.

Muzakarah adalah umpan, ramai para pengundi Melayu kampung tradisi masih memberi harapan dan Unno menampakkan keikhlasan diri. PAS terperangkap dan diperangkap.

Jawapan balas TGHH setidak-tidak melegakan banyak pihak. Kita semua hendaklah jangan memberi langsung dan bersikap langsung dengan persepsi Umno baik.

Semua kena dimindakan bahawa Umno jahat sejak dulu dan kini serta selamanya. Banyak deretan bukti jika mahu disenaraikan pendeka atau panjang.

Sebagai kesimpulan Umno adalah pengkhianat bangsa Melayu sebenar



PAS Tidak Ada Niat Bermuzakarah Dengan Umno - Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin, menafikan parti itu mahu bermuzakarah dengan Umno.
Sebaliknya kata beliau, perkara itu timbul susulan kekeliruan berhubung kesediaan PAS berbincang dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini menuduh PAS tersasar daripada perjuangan berteraskan Islam.
"Saya ingin tegaskan memang tidak pernah timbul isu PAS nak bermuzakarah dengan Umno sebaliknya kami (PAS) nak memberi penjelasan (bermuzakarah) bersama NGO disebabkan tuduhan berhubung perjuangan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS Pusat, di sini, Isnin.
Abdul Hadi juga mendakwa isu muzakarah itu agenda politik Umno menjelang pilihan raya umum.
"Buat apa nak muzakarah dengan mereka (Umno) melainkan jika nak membincangkan perkara berhubung pilihan raya bersih yang mana itu merupakan tanggungjawab mereka sebagai parti pemerintah.
"PAS tidak ada langsung niat untuk muzakarah dengan Umno.Buat apa nak muzakarah-muzakarah lagi sedangkan kami (PAS) sekarang dalam gerak kerja hadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.
Isu muzakarah itu timbul susulan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 16 Mei lepas, yang bersetuju PAS membuka pintu bermuzakarah dengan mana-mana NGO termasuk Umno, bagi mengusahakan sesuatu untuk kebaikan ummah dan negara. - BERNAMA

Sunday, May 20, 2012

Pesan Orang Lama: Hormati Pandangan Pak Samad

Sasterawan Negara Dato A Samad Said mengulangi seruan sekali lagi supaya kumpulan tertentu yang mewakili peniaga hentikan gangguan ke atas Dato Ambiaga.

Beliau selaku Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 3.0 bercakap demikian semasa berceramah di sini baru-baru ini.

Dalam usia emas 76 tahun sebagai insan seni beliau sudah tidak tertahan melihat kebobrokan apa yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin yang lahir daripada kaum bangsawan meniaga dan memperdagangkan negara



Henti ganggu Ambiga, kata Pak Samad
HASLINA KAMALUDIN
16 Mei 2012
samad-said_bersih
Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menggesa beberapa pihak supaya berhenti mengganggu dan mengancam peribadi Datuk S Ambiga.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A Samad Said berkata, perbuatan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana Ambiga telah berusaha untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat di negara ini.


Menurutnya, pihak berwajib seharusnya tampil membela nasib Ambiga kerana tindakan beberapa pihak yang membuat demonstrasi 'aman' di kediaman Ambiga sebagai melampaui batas.



"Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap, ini bermakna mereka menyokong kerja-kerja tidak bermoral ini.



"Bukan hanya Ambiga seorang yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, sebaliknya ia disokong pelbagai pihak termasuk 19 ahli jawatan kuasa Bersih dan 84 pertubuhan bukan kerajaan serta ribuan rakyat di negara ini," katanya pada sidang media, semalam.



Sinar Harian, 11 Mei lalu melaporkan, beberapa peniaga dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) telah bertindak membuka gerai di sekitar kawasan kediaman Ambiga sebagai simbolik menuntut ganti rugi berjumlah lebih RM200,000  daripada 200 aduan penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman gara-gara perniagaan mereka terganggu ekoran Bersih 3.0.

Seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang.

Tambahnya, perbuatan mengganggu Ambiga perlu dihentikan serta-merta.

"Sebagai warga negara tang telah melalui kehidupan aman di negara ini, saya merayu agar semua rakyat dapat memberikan budi p

Muzakarah Umno PAS basi atau modal lama

TPM nampak cerdik kali ini dalam memerangkap TGNA. Beliau bercakap bagi pihak Umno dengan menempelak TGNA yang mempertikaikan cakap TGNA bahawa Umno dulu kata TGNA tidak boleh dipercayai.

Isunya adalah soal  muzakarah, bukan nya soal cakap dulu dan kemudian. Kalau macam tu suami isteri berbalah dalam perselisihan besar maka tidak bolehlah rujuk semula sebab dah kata teruk-teruk kat bini dia masa berkelahi dulu.

Ini namanya teknik mahu alih perhatian, dia bukan nak sangat berjumpa tetapi sebagai gimik Umno, supaya melakonkan agar nampak macam baik di mata rakyat.

Jika pertemuan atas kepentingan ummah, janganlah bercakap ikut kepala lutut. Ungkit mengungkit perkara lama dan dulu, Jika diambil kira sampai bila tidak akan jumpa titik pertemuan.

Dalam masa yang sama TPM terus menyerang DAP.





Muhyiddin: Umno sedia muzakarah dengan Pas

17 Mei 2012
Muhyiddin: Umno sedia muzakarah dengan Pas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR - Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbezan ideologi.


"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.



Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata, pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.



Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.



"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.



"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.



Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.



"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.



Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.



"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya. - Bernama