Penulis rencana Utusan Malaysia terlalu amat berpuashati bilamana berjaya lagi mencari Ulama Saudi menjadi Biro Umno Malaysia dengan jemputan datag ke Malaysia hanya semata-mata mahu menyinggung fatwa seperti undi PAS masuk syurga .
Malah bukan setakat itu sahaja UM dengan nada rasa berjaya mendedahkan pula bukan setakat itu sahaja menyerang lagi dengan meletakkan berita front pagenya tertera tajuk 'fatwa jahil sesat'.
Umno semakin terdesak terpaksa meminjam 'senjata' luar bagi menyerang musuh tradisinya. Maknanya ulama umno yang ada tidak cukup kuat itu tujuan itu.
Umno semakin terdesak terpaksa meminjam 'senjata' luar bagi menyerang musuh tradisinya. Maknanya ulama umno yang ada tidak cukup kuat itu tujuan itu.
Maka jelas kini ulama Saudi itu pula dijadikan atau menjadi kuda tunggangan Umno. Yang mana satu ketika dulu Umno sibuk sangat dan elergik sangat dengan PAS menjadi kuda tunggangan DAP.
Rupanya mereka menunggang Ulama Saudi yang tidak tahu apa-apa dengan politik Malaysia. Macam lah arwah Ust Fadil Noor bercerita ada seorang ustaz bertaraf ulama pabila ditanya oleh seorang pendengar, katanya ustaz bagaimana dengan hukumnya kita minum air tin beer. kemudian ustaz berkenaan bertanya kembali, adakah air beer tadi macam kopi. Jawabnya pula jika macam kopi halal lah diminum. maka mengangguk-angguklah orang yang bertanya itu.
Sepatutnya ustaz berkenaan siasat dulu, pergi tengok macam mana air yang dimaksudkan lakukan proses siasatan kemudian barulah dikeluarkan hukumnya.
Rupanya mereka menunggang Ulama Saudi yang tidak tahu apa-apa dengan politik Malaysia. Macam lah arwah Ust Fadil Noor bercerita ada seorang ustaz bertaraf ulama pabila ditanya oleh seorang pendengar, katanya ustaz bagaimana dengan hukumnya kita minum air tin beer. kemudian ustaz berkenaan bertanya kembali, adakah air beer tadi macam kopi. Jawabnya pula jika macam kopi halal lah diminum. maka mengangguk-angguklah orang yang bertanya itu.
Sepatutnya ustaz berkenaan siasat dulu, pergi tengok macam mana air yang dimaksudkan lakukan proses siasatan kemudian barulah dikeluarkan hukumnya.
Kita bukan apa kesian ulama saudi yang diundang sebagai tamu ke negara ini, datang sahaja kena bercakap dan keluarkan fatwa undi pas masuk syurga sesat jahil bodoh dan sebagainya.
Nampak sangat ulama Saudi yang bergelar ulama tidak langsung menjaga mulutnya, apatah lagi datang ke Malaysia dengan niat itu sahaja. Berat minta rujuk dengan ulama muda Umno bab hati
Kita bukannya apa kesian, ulama ini datang beratus-ratus km semata-mata nak bercakap pasal fatwa terhadap PAS.
Selain itu, kita juga pelik dan hairan islam sering dimangsakan dengan itu dan ini bilamana sesuatu benda itu mahu dijuruskan kepada islam, tetapi bagi kerja buat mereka tidaklah pula sesat, jahil dan sebagainya.
Sepatutnya hukum fatwa mestilah sama pada semua orang semua parti semua yang hidup di atas muka bumi ini. Perjuangan yang bermatlamat tidak mahu mendaulatkan islam bagaimana fatwanya, berhimpun sejumlah 2 juta melalak dan berhibur selak kain dan skirt dengan nama K Pop macam mana fatwanya.....
Seruan Dr.Sulaiman dan politik Pas
MUNGKIN pemimpin dan penyokong Pas tidak akan senang dengan pandangan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr.Sulaiman Saloomi yang menegaskan, fatwa yang menyatakan undi sesebuah parti itu akan masuk syurga adalah suatu kejahilan, kebodohan, kesesatan serta tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang berakal, lebih-lebih lagi daripada seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan dan perbuatannya.
Selain itu dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia juga, Sheikh Dr. Sulaiman turut mengingatkan kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh seseorang orang Islam dan sesetengah ahli parti politik adalah tidak dibenarkan.
Bahkan beliau turut mengingatkan bahawa seorang Muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa juga keadaan sekali pun untuk menentang saudara seIslamnya.
Walaupun dalam wawancara itu beliau tidak menyebut mana-mana parti politik di negara ini, namun bagi penulis tidak salah jika kita merujuk apa yang diperkatakan itu berkait rapat dengan amalan politik Pas.
Mungkin seperti biasa pandangan daripada tokoh-tokoh ulama di luar lingkungan Pas tidak akan dipedulikan oleh penyokong tegar mereka, maklumlah parti itu sudah ada Dewan Ulama dan mursyidul amnya.
Namun begitu mereka juga perlu faham bahawa Sheikh Dr. Sulaiman tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik. Beliau melahirkan pandangan tersebut sebagai seorang ulama yang merujuk kepada al-Quran dan hadis.
Oleh itu, pemimpin dan penyokong Pas janganlahterlalujumud untuk menolak pandangan ulama di luar lingkungan parti mereka semata-mata kerana ketaksuban kepada politik.
Hakikatnya, sebahagian umat Islam sudah bosan dengan mainan politik Pas yang dilihat tidak sudah-sudah memperalatkan cogan kata, slogan dan seruan berbentuk keislaman untuk meraih undi.
Kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu akan mengamalkan sikap mengakui antara yang hak dan batil. Jika sesuatu teguran yang dibuat oleh mana-mana ulama berkaitan dengan tindakan politik mereka adalah benar maka akui sahaja.
Tetapi malangnya keadaan sering berlaku sebaliknya, malahan masih jelas di ingatan kita bagaimana Pas menolak dan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan demonstrasi jalanan.
Pelbagai hujah mereka keluarkan bagi mempertahankan tindakan politik songsang mereka, justeru bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kenyataan Sheikh Dr. Sulaiman turut akan ditolak oleh Pas.
Sikap politik sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang merasakan hanya ulama mereka sahaja berhak menegur parti itu akan merugikan umat Islam.
Namun dalam masa sama oleh kerana kejumudan dalam berpolitik, biar pun teguran dibuat oleh ulama Pas sekali pun kalau ia dilihat tidak menguntungkan politik parti itu, maka ia akan ditolak bulat-bulat.
Masih ingatkah kita peristiwa Dewan Ulama Pas memberikan kata dua kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel dalam The Wall Street Journal atau menyaman majalah itu.
Ketika itu Anwar dilihat seolah-olah tidak mempedulikan Dewan Ulama sebaliknya bertemu memberikan penjelasan kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas itu isu berkenaan diam begitu sahaja.
Begitu juga dalam isu muzakarah apabila, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr. Harun Taib menegaskan ia perlu diadakan tanpa syarat, adakah ia didengari oleh kepimpinan Pas biar pun ia bertepatan dengan kehendak Islam?
Sudah pasti tidak sebaliknya, Pas menolak mentah-mentah usaha itu biar pun ia idea asal mereka dengan alasan isu tersebut sudah dimanipulasikan.
Biarpun dari semasa ke semasa banyak tindakan politik Pas bertentangan dengan seruan Islam dan telah pun mengubah haluan perjuangannya dari negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menganggap mereka parti Islam.
Sebab itulah, Pas lebih cenderung untuk menuduh UMNO menolak Islam dengan matlamat bagi membuktikan merekalah perjuang Islam sebenar.
Tetapi dalam masa yang sama banyak tindakan Pas boleh menjejaskan imej Islam, ini termasuklah bersekongkol dengan mereka yang menyokong pluralisme dan seks songsang.
Walaupun pemimpin Pas memahami bahawa mereka tidak sepatutnya berbuat demikian tetapi parti itu sudah tidak ada pilihan kerana terikat dengan perjanjian politik merebut kekuasaan dengan PKR dan DAP
.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap kemaruk Pas untuk menagih undi daripada bukan Melayu, oleh itu Pas cuba tidak begitu menunjukkan keghairahan mereka bagi memperjuangkan Islam.
Keadaan ini sudah tentulah mengelirukan umat Islam kerana mereka tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Pas.
Atas sebab itulah, wawancara dengan Sheikh Dr. Sulaiman harus diteliti dan dinilai dengan sebaik-baiknya oleh Pas jika benar mereka mengaku pejuang Islam.
Apa yang dihujah dan dinyatakan oleh ulama tersebut adalah demi kebaikan umat Islam di negara ini yang semakin berpecah-belah kerana perbezaan ideologi politik.
Sebab itulah Sheikh Dr. Sulaiman menekankan bahawa perkara utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah masalah perpecahan supaya umat Islam menjadi umat yang bersatu.
Tetapi impian itu tidak akan tercapai di negara ini jika Pas terus memikirkan kepentingan politik semata-mata dan terus berpegang kepada pendirian bahawa UMNO menolak Islam.
Walaupun dakwaan terhadap UMNO itu dibuat secara konsisten oleh seorang sahaja pemimpin Pas namun beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam parti berkenaan.
Lebih malang lagi, Pas bersedia bekerjasama dengan PKR yang memperjuangkan kesamarataan dan DAP yang menolak penubuhan negara Islam semata-mata kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tonggak utama ialah UMNO - iaitu parti Melayu dan umat Islam terbesar di negara ini. Kalau beginilah sikap Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa, bagaimana mungkin umat Islam di negara ini akan bersatu padu dan bertambah kukuh.
Sekarang bukanlah masa untuk menuding jari menuduh siapa yang bertanggungjawab memecah belah ummah, kalau hujah ini mahu diperdebatkan sudah pasti Pas akan kalah. Ia kerana apa yang dicatatkan dalam perjalanan sejarah politik negara tidak akan mampu dipadamkan oleh Pas.
Pemimpin dan penyokong Pas boleh sahaja membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang disarankan oleh Sheikh Dr. Sulaiman. Namun mereka perlu memahami bahawa pendekatan politik yang diamalkan oleh parti itu sekarang sama sekali tidak akan menguntungkan Pas.
Mungkin Pas perlu merenung ingatan Sheikh Dr.Sulaiman,''Apa yang dituntut oleh dalil ialah memelihara persaudaraan Islam dan memilih mereka yang paling sesuai dan berkelayakan untuk memimpin ummah. Inilah politik umat Islam yang sebenar.''
Soalnya apakah sikap ini ada pada Pas yang memukul canang mengatakan mereka masih parti Islam? Fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment