Jenayah terbesar dan paling bahaya dilakukan oleh pemerintah adalah khianat dengan mandat amanah yang diberikan. Pengkhianatan terbesar itu pula adalah dengan memberikan penganugerahan wewenang atau mudah taraf kewarganegaraan tanpa melalui apa-apa proses tapisan keutuhan kepada rakyat asing, atas tiada apa-apa alasan sebab musabab dan pertimbangan jasa-jasa mereka. Lebih-lebih lagi penganugerahan itu secara pukal atau bulk dalam skala yang cukup besar.
Impaknya cukup besar, menyangkut soal hak, status keselamatan, masa depan dan sebagainya kepada penduduk pribumi. Mereka yang dianugerah kerakyatan segera cukup rasa bertuah, dan mungkin mereka menjadi 2 warganegara tanpa mereka minta. Justeru bukannya salah mereka, itu adalah peluang yang diberikan oleh kerajaan kita, mestilah dimanfaatkan.

Sejarah telah membuktikan tahap sensitiviti dan kesedaran generasi awal dengan generasi sekarang cukup berbeda. Generasi awal yang belum kenal baca tulis sebelum merdeka sangat sensitive mereka bangun menentang keras soal pemberian taraf kewarganegaraan secara jus soli Inggeris kepada penduduk Tanah Melayu yang bermigrasi daripada india dan china pada waktu itu. waktu itu rakyat (mereka) melihat tindakan ini adalah satu tindakan yang cukup jijik dan amat merbahaya jangka panjang serta memberi impak negatif kepada struktur politik dan masa depan pribumi Tanah Melayu.
Pembongkaran isu penganugerahan mudah kad pengenalan beberapa isu bukanlah persoalannya. Tetapi projek ini diyakini telah berjalan lancar. Lebih malang projek ini telah didalangi oleh beberapa individu berprofail tinggi dalam negara kita dengan membabitkan beberapa orang penjawat awam yang berkuasa.
Isu ini bunyinya macam filem rekayasa jackie chan, tetapi sebenarnya adalah benar-benar dilakukan hasil usahasama ini didalangi oleh beberapa individu yang berprofail tinggi dalam negara kita.

Jika mengikut perlembagaan negara rakyat diajar ada empat cara prosedur kerakyatan negara boleh diperolehi iaitu melalui pencantuman wilayah, kemasukan, kuatkuasa undang-undang dan pendaftaran sahaja. Itulah yang dilembagakan dan diajar kepada rakyat untuk dipatuhi.
Justeru, pengkhiantan atas apa alasan sekalipun mestilah ditentang secara habis-habisan. Berkumpul pada 28 april di Dataran Merdeka. Jangan kita berdiam diri
No comments:
Post a Comment