Monday, April 16, 2012

Angin Perubahan Bakal Landai Putrajaya jua

Najib nampak angin kesedaran dan perubahan hanya di Selangor sahaja. Beliau lupa tiupan angin kesedaran itu juga bakal melanda dan membadai sampai ke Putrajaya. bukan apa sekadar mahu meningatkan sahaja kepada PM supaya beliau bersiap sedia.

Nampak sangat Najib cukup teruja mahu merampas Selangor, satu-satu negeri kaya Lubuk Emas bagi keparat dan koporat Umni Bn untuk mendulang laba. Negeri rlepas yang terlepas ke tangan orang asing bagi Umno. Mereka cukup gundah gelana dan tidak keruan, tahap ketagihan untuk miliki Selangor akan dikembalikan sebagai mana mereka memilikikuasa semula Perak.

Dengan tidak mengambil kira perubahan rakyat, Najib mudah lupa dan terlupakan dengan nasihat para penasihatnya yang menjanjikan 'akan berlaku rampasan kuasa serta keganasan' terhebat pada PRU13 ini.

Berbagai gerak dan pasukan Umno Bn tubuhkan. Semua adalah semata-mata bagi mempertahankan kekuasaan mereka. Kita ingin bertanya kepada kerajaan yang ada setakat manalah kuasa daan kekuasaan mereka dapat dipertahankan. 

Jika semua rakyat sedar dan benci kerajaan ini akan jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat. Pelajari lah dengan apa yang berlaku di dunia luar, terutama negara-negara Arab yang lebih rakus, kejam, ganas, dibunuh  dan sebagainya . Tetapi rakyat akhir bangun dan menolak semua bentuk ugutan-ugutan berkenaan.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat, biar seramai manapun yang kecundang, perjuangan rakyat untuk rakyat tetap diteruskan

Angin perubahan berlaku di Selangor – PM

NAJIB bersalaman dengan orang ramai selepas melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.
“Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun di sini semalam.
Beliau berkata, perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih berusia belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.
“Angin kencang akan meranapkan sesiapa yang cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor,” katanya.
Pengerusi BN itu berkata, rakyat Selangor sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.
Menurut beliau, antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, BN menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

No comments: