Nampaknya kerajaan Umno Bn meremehkan pandangan rakyat. Separuh daripada rakyat Malaysia kini bersama-sama pembangkang. Terbaru adalah Laporan PSC Penambahbaikan Pilihanraya Yang Membawa 22 Pembaharuan diterima tanpa bahas dalam Dewan Rakyat.
Usul Penambahbaikan dikatakan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebulat suara. Selepas gara-gara wakil rakyat pembangkang meminta Jawatankuasa PSC Penambahbaikan dapat menerima 'laporan minoriti' untuk dibawa dan disertakan dengan 22 cadangan pihak kerajaan yang nampak ditolak mentah-mentah.
Penafian dan menidakkan usaha wakil rakyat pembangkang untuk membahas dan memberi peluang untuk menyatakan isi kandungan 22 perkara adalah satu tindakan luar biasa dan menghina kemuliaan Dewan Rakyat.
Rentetan itu BERSIH 3.0 akan dijelmakan dalam masa terdekat. Kini suara rakyat hanya berada dijalan-jalanraya.
Dan mungkinkah ini yang kerajaan kini mahukan ?
No comments:
Post a Comment