Wednesday, April 04, 2012

Adun Kuala Nerang Muflis ..biasalah tu

Adun Kuala Nerang muflis. Bagi Umno adalah biasa sahaja. Pinjaman RM50 juta, gagal bayar balik RM8 juta. Wow.. itu adalah senario biasa lah dalam Umno.

Orang Melayu dilatih agar tidak berdengki dengan orang atas rezeki yang beliau dapat. Maka kita tiadalah dengki sekadar mahu berkongsi cerita sahaja.

RM8 juta boleh diselesaikan dengan bank. Tambah-tambah bank suku sakat atau  ke apa yang mahu diloratkan atau disusahkan.

Samada lucut atau tidak kedudukan sebagai wakil rakyat pun biasa sahaja. Ini kerana dia adalah Umno. Bawah undang-undang Umno tidak muflis dan tidak ada apa yang terkesan.

Cuma bawah Umno kita ucap terima kasih kerana memberitahu, sikap beliau berterus terang itu adalah satu sikap yang terpuji, yang mana sifat itu 'jarang-jarang' ada pada mana-mana wakil rakyat Umno bn.







No comments: