Saturday, February 18, 2012

Perbankan Islam: Islam menjadi mangsa atau islam dimangsakan ?

Kenapa boleh jadi macam itu, dalam negara yg mahu amalkan wasatiiyah. Alasannya mungkin ia menjadi kes terpencil. Jika mengikut laporan pinjaman yang dibuat oleh aduan pengguna ini bukan lagi menindas tetapi terus 'menzalimi' pengguna.

Amat malang sungguh negara kita, yang maju dalam menjadi hub-hub produk islam, tetapi sesudah sistem perbankan Islam berjalan puluhan tahun, barulah diminta ia dikaji semula.

Dalam hal seumpama inilah Islam menjadi mangsa atau Islam telah dimangsakan ?




Semak semula perbankan Islam

MAJORITI institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

4 comments:

Anuar bin Safian said...

Saya ada mengikuti laman web dan ceramah Dr Zaharuddin. Ceramah berkaitan muamalat Islam juga dibentangkan di dalam Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Kebanyakkan umat Islam mendakwa perkhidmatan perbankan Islam adalah lebh menekan, zalim dan mahal kerana mereka tidak mendalami dan berkeinginan untuk mengetahui dengan labih baik sistem itu.

Adakah semua yang halal itu murah dan yang mahal itu haram? Islam bersikap adil kepada semua pihak dimana dalam isu perniagaan, pembeli dan penjual juga dilindungi hak mereka oleh Islam. Bank adalah entiti perniagaan dan bukan entiti kebajikan dgn memberikan pembiayaan (bukan pinjaman) tanpa keuntungan. Sewajarnya jika hendak membantu umat Islam dalam memberikan perkhidmatan berkebajikan, pihak yang bertanggungjawab adalah kerajaan melalui badan-badan tertentu seperti baitulmal, KWSP (cadangan) dan lain-lain tanpa mengaut keuntungan.

Sebagai misalannya jika kita seorang perniaga, adakah kita berhasrat menjualkan barangan kita kpd pelanggan tanpa mengambil sesen pun keuntungan dari penjualan itu? Melainkan kita menjual barangan atas dasar bersedekah mungkin ianya adalah benar. Tapi sehingga bila?

Wallahualam.

Anuar bin Safian said...

Apa yang boleh dilakukan dalam isu2 sebegini, pihak majlis syariah khusus perlu diwujudkan dalam menghadapi aduan2 sebegini. Mereka sebelum memutuskan pihak tertentu bersalah mesti melakukan siasatan terutama dari segi dokumentasi dimana pembiayaan adalah berdasarkan jenis2 tertentu. Jika berlaku ada kesilapan di pihak bank, kita tidak harus menyalahkan terus kepada panel syariah kerana dalam kes2 tertentu peraturan telah ditetapkan oleh panel tetapi atas sebab kesilapan pihak yang laksana maka terdapat masalah dalam mengimplemenkan pembiayaan ini.

Wallahualam

shuk2f said...

Harap ada pihak yg boleh update sekiranya ada langkah trbaru daripada BNM untuk menangani isu ini..kawan2 saya mula bimbang dan takut unk ambil pembiayaan bai bithamil ajil kerana jumlah tuntutan bank yang
melampau tinggi di dalam kes default of payment sehgga boleh diistihar bankrap terus..

shuk2f said...

Harap ada pihak yg boleh update sekiranya ada langkah trbaru daripada BNM untuk menangani isu ini..kawan2 saya mula bimbang dan takut unk ambil pembiayaan bai bithamil ajil kerana jumlah tuntutan bank yang
melampau tinggi di dalam kes default of payment sehgga boleh diistihar bankrap terus..