Saturday, February 18, 2012

Ilmuan islam yang melampau atau politik yang melampau batas

Mengeluh dengan perpecahan melampau dan melabelkan politik sebagai punca bukanlah satu kaedah atau cara jalan penyelesian yang terbaik.

Dan ini bukanlah cara atau jalan yang sepatutnya ilmuan Islam berikan solusi cara permasalahan rakyat terbanyak diselesaikan.

Adakah dengan keluahan nada kekecewaan ilmuan apa yang dihasratkan melalui kaedah teori semua masalah yang diutarakan dapat pihak lain selesaikan atau adakah isu ini akan selesai dengan sendirinya ?

Mengharapkan orang lain untuk membuat kerja dan kita hanya memerhati sahaja dengan cuma sekadar berkata-kata dan mengatakan itu ini, teruk baik selesai dan belum selesai adalah kedangkalan ilmuan kita dalam realisasikan ilmu mereka.

Jika ilmuan Islam berkenaan sudah mengesan pepecahan politik sudah mencapai darjah melampau dan terlampau. Mereka juga harus fikirkan bagaimanakah cara makenisma  hal berkenaan dicadangkan diselsaikan setidak-tidaknya.

Dengan hanya bersama-sama 'mencerca' ia seperti satu 'cadangan' yang memualkan dan membosankan kami sebagai generasi muda yang lebih kepada memberi harap dan mengharapkan dengan penuh harapan agar kehidupan keselesaan serta kesejahteraan kami dijamin dengan kepimpinan politik yang tidak melampau ini.

Justeru kita minta ilmuan islam berkenaan cadangkan satu altenatif kaedah berpolitik tetapi tidak berpecah melampau batas.



Perpecahan politik melampaui batas

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Perpecahan politik dalam kalangan umat Islam tempatan kini melampaui batas yang digariskan Islam serta nilai budaya kemasyarakatan sehingga merugikan golongan itu sendiri.

Timbalan Dekan, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (gambar) berkata, perpecahan itu amat berbahaya kerana mampu menenggelamkan pendapat serta teguran yang ingin disampaikan oleh golongan ilmuwan Islam.

Katanya, perkara itu amat menyedihkan kerana ia membantutkan percambahan idea dalam kalangan cendekiawan sehingga membuatkan ada kalangan mereka enggan menyatakan pandangan secara terbuka.

"Saya ada berkongsi kajian saya dengan pembaca internet mengenai keupayaan Kelantan mengeksport 5,000 lembu ke Singapura setiap tahun bermula sekitar 1911.

"Tidak semena-mena, ada komen menulis lembu itu duduk di kondominium di Singapura dan ia mengundang komen negatif daripada pihak lain sehingga saya tidak lagi mahu kongsi (dapatan kajian)," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjadi ahli panel sesi pertama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini.

Perbincangan itu turut menampilkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengerusi Jawatakuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU), Fathul Bari Mat Jahaya.
Mahmood menambah, setiap ahli politik Islam digalakkan mempunyai cita-cita menjadi pemimpin tertinggi negara asalkan ia dicapai menerusi cara yang sentiasa berlandaskan ajaran agama.
Paling penting, kata beliau, pemimpin itu harus sentiasa menjaga kedaulatan agama Islam dalam mencapai cita-cita tersebut.
"Jangan kita ingat kita boleh mengubah sesetengah perkara dalam mengejar cita-cita kita dan akan memperbetulkan semula bila berkuasa nanti. Jam itu nanti tidak boleh dipusing semula," tegasnya.

No comments: