Friday, January 06, 2012

Sayangi pengikut dan pendokong PAS daripada Dato Hassan ?

Kenapa semua orang panik sangat dengan kenyataan Hassan Ali. Dia bukan lagi Naib Presiden PAS, tetapi dia adalah salah seorang PAS. Dan dia adalah antara beberapa nama tokoh yang ada dalam PAS.

Masih banyak usaha dan kerja PAS. Jangan terlalu dilayan sangat kenyataan Hassan Ali, nanti lama-lama dia naik tocang.

Jika kita kata dulu, kita pernah hilang Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS tetapi pengikut tidak ikut sama bersama-sama mantan-mantan penama di atas, kenapa panik sangat dengan 'serangan' Hassan Ali yang tidak mahu menyokong dan menghadirkan diri sebagai tanda sokongan yang Anwar telah dizalimi.

Bukankah masih ramai dan banyak lagi para pendokong dan pengikut PAS yang lebih ikhlas setia dan wala dengan PAS.

Jika kita sayangkan PAS hentikan keluh kesah dengan Hassan dan kaitkan PAS lagi.


Demo 901: Azmin Desak PAS Ambil Tindakan Terhadap Hasan Ali
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak rakan sekutu mereka iaitu PAS bertanggungjawab terhadap kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyeru agar rakyat tidak menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901'.
Sambil menyifatkan kenyataan Hasan sebagai celupar, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menuntut agar PAS meneliti tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor itu yang dilabel sebagai melampau dan keterlaluan.
"Beliau telah melanggar prinsip dan semangat Pakatan Rakyat. Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya membuat kenyataan terbuka seperti itu yang tidak berasas sama sekali.
"Ini menuntut supaya pimpinan tertinggi PAS mengambil tindakan yang serius terhadap Dr Hasan yang bagi saya sudah melampau dan tidak lagi bertanggungjawab terhadap Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.
"Saya serahkan kepada PAS Pusat. Saya cuma mencadangkan agar PAS Pusat bertanggungjawab di atas tindakan Dr Hasan dan meneliti tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Hasan sebelum ini yang menyifatkan demonstrasi 901 anjuran PKR sebagai sesuatu yang sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Hasan turut menyeru agar ahli PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.
Selain itu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mempersoalkan kedudukan Hasan apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan kepimpinan tertinggi PAS dalam isu berkenaan.
"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar semalam, pada masa yang sama Datuk Nik Abdul Aziz Nik MT sedang meraikan Datuk Seri Anwar di Kota Bharu bagi menyampaikan rasa sokongan dan simpati.
"Jadi kalau Datuk Nik Aziz sendiri pada masa yang sama, hari yang sama memberikan sokongan dan beliau sendiri dijadualkan hadir pada 9 Januari ini...tertakluk kepada kesihatannya, saya nak tanya siapa Dr Hasan dalam perkara ini?," katanya tegas.
Dalam pada pada itu Mohamed Azmin turut mempertikaikan pendirian Hasan yang tidak akan menyertai perhimpunan solidariti terhadap Ketua Pembangkang.
"Beliau tak nak pergi, tak payahlah bising. Himpun dia boleh pergi. Ini bukan soal peribadi Datuk Seri Anwar.
"Sekali lagi saya tegaskan, selain tunjukkan solidariti terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar, perhimpunan ini juga sebagai tentangan rakyat terhadap kata politik Umno dan BN.
"Apakah Dr Hasan setuju dengan kata politik yang menjadi budaya Umno dan BN pada hari ini? Apakah beliau seorang pemimpin yang sangat bermoral sehingga orang lain buruk?" katanya.

No comments: