Sunday, January 08, 2012

Hassan di Pecat daripada PAS


PAS pecat Hasan Ali| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat
yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan
berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’
Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa
 serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang
diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam
mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat
telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu
memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai
ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan
YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan
Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

No comments: