Wednesday, December 21, 2011

Usah Bercakap Soal Moral Dengan Anwar...

Seronok dan sedap bila bercakap atas batang tubuh Anwar. Beliau tiada asas moral sebagai pemimpin. Sememangnya sedap bunyinya dan cara persembahannya.

Jadi kita sebagai pembaca yang menjadi rakyat dapat menilai dan melihat siapa tidak bermoral dan mempunyai moral dalam hal ini. 

Damaikan hati ikuti, ulasan kupasan Utusan tentangnya ...?

Anwar tiada asas moral pemimpin

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kegagalan serta keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyahut pelbagai cabaran bersumpah bagi membuktikan siri dakwaannya jelas menunjukkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mempunyai asas moral sebagai seorang pemimpin.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, tindakan terbaru Anwar yang enggan menyahut cabaran bersumpah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunjukkan Anwar seorang pemimpin yang bankrap modal serta sudah melepasi tarikh luput sebagai ahli politik.

"Ini bukan cabaran bersumpah pertama ke atas Anwar, sebelum ini cabaran Datuk Nallakaruppan, Datuk Shazryl Eskay, Ummi Hafilda Ali dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan semuanya tidak disahut oleh Anwar malah beliau tidak berani jawab atau saman mereka.

"Ini menunjukkan Anwar tidak ada asas moral untuk menyahut sebarang cabaran bersumpah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR mengulas helah terbaru Anwar yang enggan bersumpah selepas dicabar Dr. Mahathir ekoran dakwaan Anwar bahawa Dr. Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.

Bagaimanapun Dr. Mahathir menafikan tuduhan itu mencabar Anwar supaya bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan dakwaannya.

Anwar dalam reaksinya selepas itu sekadar memberitahu beliau tidak perlu bersumpah kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.

Ezam menambah, Dr. Mahathir yang berstatus negarawan sebenarnya tidak perlu melayan kerenah Anwar yang dilihat sebagai seorang desperado politik.

"Ia hanya helah Anwar untuk mengalih perhatian rakyat daripada kes liwatnya berikutan kegagalan menampilkan alibi seperti diuar-uarkan di awal kes," katanya.

No comments: