Sunday, December 18, 2011

Perpecahan Melayu Ikut Perspektif Dr M

Mantan PM Menteri Dr M memainkan lagu lama. ini kerana mahu membela sangat Umno dan kaitkan dengan perpecahan kaum Melayu kerana berpunca dengan faktor fahaman politik. Dalam erti kata lain kaum lain tidak berpecahpun kerana mereka menganut fahaman politik yang berbeda.

Secara jelasnya Dr M melemahkan orang Melayu. Beliau lebih suka Melayu tidak mengambil fahaman politik selalin politik Umno. Dia suruh pertahankan Umno sampai mati, tetapi peliknya tindakan beliau keluar Umno sekejap kerana menghalau Pak Lah waktu itu, dan dapat pula duduk semeja dengan yang bukan fahaman politik Umno mengutuk pemimpin Umno no 1 waktu itu.

Bila Dr M bersama sesiapa sahaja, maka kaum Melayu tidakpun berpecah. Maka berpecahnya Melayu kerana ramai yang tidak mengikut Dr M.

Makanya, kita mahu Dr M bawa Umno ke benua Arab. Diperkenalkan bagaimana duduk dibawah Umno, kaum manapun tidak akan berpecah belah.





Melayu berpecah kerana berbeza fahaman politik

TASEK GELUGOR 17 Dis. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedih kerana orang Melayu terus berpecah akibat berbeza fahaman politik.

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana orang Islam di negara ini mengikut fahaman yang sama iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Jelas beliau, berbeza dengan negara-negara lain terutama di Asia Barat, orang Islam di sana mengamalkan fahaman berbeza seperti Syiah.

"Kita semua berimam kepada Imam Shafie, tidak patut ada perpecahan. Tapi kita berpecah bukan kerana agama sebaliknya fahaman politik.

"Politik ini bila digunakan dalam agama, maka timbul bermacam-macam perbuatan bercanggah dengan ajaran Islam termasuk sembahyang dua imam, tidak boleh tanam satu kubur, kahwin dengan orang ini atau itu tidak boleh.

"Sepatutnya orang Islam bersatu-padu. Politik sebegini merugikan orang Melayu," katanya yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Multaqa Wedatul Ummah Ketiga anjuran Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff.

Dr. Mahathir menambah, keadaan itu menyebabkan orang Melayu kini menjadi kaum minoriti di bumi sendiri berikutan telah terbahagi kepada tiga kumpulan mengikut parti masing-masing iaitu UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Akibatnya, jelas beliau, orang Melayu terpaksa meminta belas ihsan daripada parti lain yang dikuasai bukan Islam untuk menang pilihan raya.

"Semasa zaman pemerintahan British dulu, orang Melayu bersatu dalam UMNO menentang Malayan Union hingga negara merdeka.

"Namun, sekarang kita berlawan sesama sendiri," ujarnya.

No comments: