Saturday, December 17, 2011

Umno bukan Lembu Suci Lagi : Melembukan NFC ?

Isu yang cuba ditutupkan iaitu isu NFC. Yang antara lain bertujuan membekalkan bekalan daging mentah kepada negara menjelang tahun berapa tahun berapa seperti yang dianggarkan.

Semua pemimpin Umno dilembukan kerana mereka adalah spesis yang sama. Mereka lupa bagaimana mereka hina terus menerus MB Selangor dengan pelbagai kata dan cara. Antaranya meletakkan kepala lembu dihadapan pejabat MB Selangor tempoh hari.

MP Kinabatangan dan MP Sabah seorang lagi kini menjadi HERO baru rakyat. Kini Ketua Umno Bahagian Cheras yang cuba menjadi HERO tidak kesampaian. Malah beliau diuji dengan ujian melepasi keherowannya.
 Isu ini menambat hati dan jiwa rakyat. Rakyat tidak marah tetapi benci dengan bersungguh-sungguh. Namun masyarakat kampung tetap tersumbat dan terlindung dengan berita ini. 

Umno kini bukan lagi menjadi lembu Suci bagi masyarakat desa dan kampung. Kerana masyarakat kita sudah bermaklumat. Justeru itu, kerajaan cuba 'mempercepatkan' tarikh pilihanraya.


SPRM Memang Sedang Siasat NFC
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)menafikan dakwaan kononnya ia tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

"Suruhanjaya ingin menegaskan bahawa tindakan pengumpulan bukti dan keterangan telah bermula sejak isu berkenaan dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2010 yang menyatakan projek tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan," kata SPRM dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menjelaskan, semasa dalam proses pengumpulan bukti dan keterangan tersebut, SPRM telah menerima aduan daripada satu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa berlaku penyalahgunaan wang pinjaman yang diperolehi oleh NFC bagi membeli kondominium mewah berharga RM9.8juta yang dibeli di Lembah Klang.

Namun setelah meneliti aduan itu, Jawatankuasa Menerima Maklumat SPRM mendapati ia tidak mengandungi unsur rasuah dan ia akan dirujuk kepada pihak polis.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM tetap mengambil tindakan terhadap maklumat atau aduan yang berkaitan rasuah sebaliknya aduan atau maklumat yang tidak berkaitan unsur rasuah akan dirujuk kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2009 sebanyak 313 kes dan pada 2010 sebanyak 210 kes yang diadukan kepada SPRM telah dirujuk kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala polis pula telah merujuk 102 aduan pada 2009 dan 95 aduan pada 2010 kepaad SPRM.

Dalam pada itu, sumber-sumber SPRM pula memberitahu akhbar The Star, mereka kini turut menyiasat sama ada terdapat unsur-unsur campur tangan daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam proses penganugerahan tender projek tersebut kepada suami dan juga anak-anaknya.

Ini termasuklah sama ada beliau memperolehi sebarang faedah daripada projek berkenaan atau terlibat dalam mempengaruhi pemberian pinjaman bernilai RM250 juta itu

No comments: