Tuesday, December 20, 2011

Kakitangan kerajaan pula mahu dilembukan ?


Semua kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.4 juta dikabarkan bakal digerhanakan masa depan dengan tawaran skim SPBA yang nampak indah khabar daripada rupa.

Tindakan tergesa-gesa kerajaan dengan memaksa kakitangan menandatangani dalam masa tempoh 2 minggu sahaja tanpa penjelasan jelas memaparkan kerajaan cukup rakus, sombong dan langsung tidak menghormati institusi pekerjaaan yang menjadi nadi pentadbiran negara.

Desakan dan bantahan oleh Kesatuan sekerja kerajaan CUEPACS adalah manifestasi rasa tidakpuashati dengan 'tawaran' kerajaan yang sengaja mahu menguji ketaatsetiaan kakitangan dengan kerajaan yang ada.

Tindakan wewenang ini sahaja sudah menunjukkan kerajaan amat tidak menghargai langsung dengan perkhidmatan kakitangan ini kepada negara.

Sambil bersikap dengan berlagak menjadi tuan, kerajaan hanya mahu kakitangan kerajaan mesti menerima apa sahaja atau apa adanya dengan tawaran yang diberikan.





Jangan tandatangan borang opsyen kosong: CUEPACS

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Loke Yim Pheng hari ini menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia adalah dokumen amat penting yang akan menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka di masa depan. 

Beliau berkata, penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum mereka menandatanganinya.



Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan ahli gabungan CUEPACS, memberitahu BERNAMA pihaknya menerima aduan bahawa ada guru "dipaksa" menandatangani borang opsyen kosong.
“Kami amat bimbang dengan perkara ini dan menggesa ketua jabatan untuk tidak memaksa staf mereka menandatangani borang kosong hanya kerana tarikh akhir untuk menandatangani borang itu semakin hampir," katanya. 

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberikan opsyen untuk memilih skim gaji baru dan diberi tempoh sehingga 30 Disember untuk mengembalikan borang mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian sehingga tarikh akhir itu, mereka akan kekal dalam skim perkhidmatan sedia ada. 

Loke berkata, CUEPACS turut prihatin dan bimbang dengan nasib kira-kira 200,000 penjawat awam di Gred 17 N, W dan F kerana mereka diberikan tawaran kurang memuaskan. 

Beliau menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberikan penjelasan mengenai skim baru itu kerana kebanyakan penjawat awam masih keliru dan tidak tahu berapa banyak manfaatnya kepada mereka. - BERNAMA 

No comments: