Tuesday, October 18, 2011

Ahli akademik Pok Yit Umno

Sememangnya kerja akhbar Utusan adalah mencari salah dan menampakkan salahnya kepada musuhnya terutama PAS. Pertembungan PAS bukan sahaja pertembungan dua parti itu sahaja, tetapi termasuklah juga pertembungan ahli-ahli akademik sama.

Utusan kelmarin marah dengan Prof Aziz Bari kerana memberi pandangan sisi tentang apa yang beliau faham dan amalkan ilmu yang difahaminya itu. Gegaklah Utusan marah dan kata itu ini terhadap Aziz Bari.

Tetapi hari ini, seorang ahli akdemik menempalak PAS Terengganu kerana mengeluarkan manifesto sisi edisi khas di negeri berkenaan.

Umno memperalat ahli akdemik berkenaan dengan memetik bahawa jika rakyat Terengganu bangun menolak Bn pada PRU13 akan datang mereka akan kembali derita kerana PAS mahu menghapuskan cukai pintu kediaman.

Inilah pandangan bias yang menampakkan kekartunan minda yang dilacurkan demi kedudukan dan pangkat.

Mana slogan rakyat didahulukan, rakyat diutamakan. Kerajaan yang ada adalah kerajaan yang beribukan material yang memperkirakan laba serta untung. mereka akan menekankan rakyat secara langsung dan tidak langsung . Dan memperalatkan ahli akademik ini untuk melakonkan watak pok yit.



Rakyat Terengganu 'derita' jika pilih Pas memerintah

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Rakyat Terengganu bakal 'menderita' sekali lagi jika mereka memilih Pas sebagai parti pemerintah negeri tersebut.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, ini kerana manifesto yang dilancarkan parti itu semalam hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya.

''Terbukti apa yang dijanjikan parti itu tidak dapat dilaksanakan seperti janji kerajaan Pas di Kedah menurunkan cukai tanah, tetapi sekarang mereka sebenarnya merana akibat tindakan itu kerana cukai merupakan pendapatan kepada kerajaan negeri.

''Bagi menutup kepincangan itu, mereka mengenakan cukai yang tinggi pula kepada UUM.

''Maka, sebab itu kita menjangkakan mereka tidak melakukan kajian secara terperinci ketika menyenaraikan janji-janji tersebut kerana ia sekadar memancing undi,'' katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Pas Terengganu semalam mengumumkan sebahagian manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 yang antara lain menjanjikan kakitangan awam wanita kematian suami bakal diberi cuti bergaji selama 30 hari sebagai tempoh berkabung.

Langkah pengumuman secara berperingkat itu kononnya bagi memastikan manifesto yang dibuat tidak ditiru oleh Barisan Nasional (BN).

Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan pula berkata, penghapusan cukai pintu dan penyelesaian isu tanah merupakan pengulangan janji oleh Pas selepas mereka diberi mandat memerintah Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 1999.

Katanya, Pas bagaimanapun menghadapi masalah kewangan kerana mereka hanya mengharapkan wang royalti minyak daripada Kerajaan Persekutuan.

''Sekiranya janji yang sama dibuat oleh Pas, saya mengandaikan mereka akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

''Penghapusan cukai bukan tindakan bijak kerana ia merupakan sumber utama kerajaan negeri. Banyak lagi cara lain yang boleh meringankan beban rakyat,'' katanya.

No comments: