Thursday, September 29, 2011

Terima Kasih media Malaysia, sindiran mu yang tersurat ?

Media massa selalu membandingkan apa-apa sahaja dengan 'orang' luar. Soal kemiskinan Malaysia bandingkan kedudukan rakyat negara ini dengan Somalia, gaji Malaysia akan bandingkan dengan Timur Laste, Indonesia dan bermacam-macam cerita pak pandir yang kematian anak tuurut dijadikan analogi cerita. Itulah Malaysia..

Kali ini, media Malaysia memberitakan tentang Yingluck PM Thailand yang baru. Dilaporkan adik perempuan Tahksin ini ada harta RM55.07 juta , katanya lebih sikit daripada abangnya.

Apa kata pula media kata dengan pemimpin dalam negara ini, mungkin inilah laporan tersirat yang cuba menyindir pemimpin-pemimpin dalam kerajaan malaysia ?




Yingluck miliki harta bernilai RM55.07 juta


2011/09/29

Yingluck Shinawatra
Yingluck Shinawatra
Pengisytiharan dibuat bendung amalan rasuah

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bernilai 541 juta baht (RM55.07 juta) jauh lebih sedikit berbanding kekayaan yang dimiliki abangnya Thaksin yang kini tinggal dalam buangan selepas digulingkan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand melaporkan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun pula memiliki kekayaan berjumlah 4.4 juta baht (RM448,731) manakala suami beliau mengisytiharkan harta berjumlah 76.8 juta baht (RM7.83 juta) selain hutang sebanyak 369.7 (RM37.72 juta).
Yingluck dan menteri kabinetnya, diarah mengisytiharkan harta masing-masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam tempoh sebulan selepas menyandang jawatan dalam usaha negara itu membendung amalan rasuah.
Mereka juga dikehendaki melakukan perkara sama, ketika meninggalkan atau meletakkan jawatan.

Difahamkan, sesiapa yang didapati mengemukakan maklumat palsu akan dilarang daripada menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan untuk tempoh hingga lima tahun.

Bekas perdana menteri Abhisit Vejjajiva yang tewas pada pilihan raya Jun lalu melaporkan peningkatan hartanya sebanyak 3 juta baht (RM306,351) ketika menyandang jawatan selama lebih dua tahun, menjadikan keseluruhan kekayaan beliau 54 juta baht (RM5.5 juta).
Yingluck yang memiliki aset dalam hartanah dan pelaburan, bagaimanapun bukanlah pemimpin paling kaya dalam kabinetnya, sebaliknya Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi adalah ahli politik terkaya dengan harta bernilai 963 juta baht (RM98.2 juta).

Sebelum dilantik sebagai perdana menteri, Yingluck adalah presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan sebelum itu menyandang beberapa jawatan di dalam empayar perniagaan milik abangnya.
Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas harta Thaksin berjumlah AS$1.4 bilion (RM6.93 bilion), iaitu lebih separuh harta kekayaannya, kerana menyalahgunakan kuasa.
Thaksin, bekas jutawan telekom yang tinggal dalam buangan, terus menjadi tokoh yang mempunyai pengaruh besar di Thailand, walaupun selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan rasuah tanpa hadir pada 2008.
Kumpulan Baju Merah yang menjadi penyokong setia beliau, mengadakan tunjuk perasaan di Bangkok tahun lalu, sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan mengakibatkan lebih 90 orang terbunuh. – AFP

No comments: