Saturday, September 10, 2011

Cukai Prabayar : Lagi Sandiwara PM & Menteri Umno Apco

Semua nya sandiwara, kenapa menteri KPPDNK bermain wayang? ini adalah lakonan mereka. Kerajaan dalam masa yang sama memberi keizinan kepad asyarikat telekomunikasi di negara ini. Kerana mereka adalah kroni bagi projek mengaut keuntungan ke atas rakyat teramai.

Inilah bentuk-bentuk baru dan dasar-dasar persyarikatan dan dasar penswastaan negara. Meninjau kita setiap objektif dan strategi dasar-dasar berkenaan raktar tentu berbangga, bagaimana bijaknya pakar-pakar ekonomi negara kita menyusun agar berlaku tranformasi ekonomi (ETP) kini.

Entah lah satu demi satu bebanan kos sara hidup kita semakin mencekik leher rakyat. Cuma sekarang rakyat tidak dicekik secara fizikalnya sahaja.

Duhai rakyat negara koku bilalakn mahu sedar dan berubah.......

ikirkanlah, banyak pengguna prabayar budak sekolah - Ismail Sabri

PUTRAJAYA 9 Sept. - Syarikat-syarikat telekomunikasi perlu meningkatkan dahulu taraf perkhidmatan mereka sebelum menaikkan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, beliau hairan kerana ketika kerajaan cuba mengurangkan beban rakyat dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, tiba-tiba muncul pula pengumuman caj 'mengejut' itu yang akan berkuat kuasa 15 September ini.

"Kita kena fikir bebanan yang ditanggung oleh pengguna prabayar ini kerana yang banyak menggunakannya adalah golongan berpendapatan rendah, termasuk budak sekolah.

"Saya harap pihak syarikat telekomunikasi dapat naikkan dahulu taraf perkhidmatan mereka kerana banyak aduan yang kita terima berkaitan talian telefon yang selalu terganggu seperti terputus ketika bercakap.

"Saya sebagai menteri yang menerima aduan daripada pengguna, amat berharap mereka (syarikat telekomunikasi) lebih peka terhadap masalah pengguna," kata beliau ketika ditemuiUtusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, syarikat-syarikat telekomunikasi mengumumkan cukai perkhidmatan enam peratus akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM prabayar berkuatkuasa 15 September ini.

Ini bermakna pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.


Kaji semula caj 6.0 peratus cukai perkhidmatan - Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

''Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Dengan cukai perkhidmatan 6.0 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.


No comments: