Monday, September 05, 2011

Azeez Kelab Putra 1Malaysia masih tidak sedar

Mana ada galang ganti antara nyawa dan wang. Kematian jurukamera Bernama Noramfaizul Mohd Nor 39 tahun semasa Misi kemanusiaan anjuran kelab Putera 1 Malaysia bawah Dato Azeez Abd Rahim.

Dalam kesedihan keluarga, pemimpin Kelab Putera 1Malaysia ini, tetap gila dengan publisiti. Di kala semua orang sedih bermacam-macam dijanjikan kepada media dan usaha yang beliau serta bakal kerajaan pelihara keluarga ini.

Bagaimana dengan 5 anggota tentera kita yang terkorban semasa bertugas di tempat yg sama antara 2004-2009. Bagaimana nasib keluarga mereka, apa tanggungang Kementah minta panglima ATM tolong lihat. Tolong ambil insuran tentera pengaman kita ke luar negara.

Azeez tetap tidak peka, beliau masih gila publisiti dan masih bangga dengan kerja-kerja 'gilanya' itu.



Keluarga Allahyarham Noramfaizul Dapat Pampasan RM200,000

KUALA LUMPUR: Keluarga jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia akan menerima pampasan sebanyak RM200,000 di bawah perlindungan insurans yang dibeli oleh Kelab Putera 1Malaysia.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pada Isnin bahawa badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menamakan salah sebuah kem kemanusiaan kelab tersebut di Somalia sempena nama Noramfaizul.

Noramfaizul terkena tembakan curi ketika melakukan liputan misi kemanusiaan di negara itu.

"Saya sudah berhubung dengan ibu bapa Noramfaizul mengenai perkara ini sebaik saja kami bertemu pada Ahad," kata Abdul Azeez dalam temu bual pagi di RTM bersama Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Angkasapuri, Isnin.

No comments: