Monday, August 15, 2011

SPR berkepalakan Orang Pandir

SPR lagi-lagi bergelut. Ikut Perlembagaan Negara SPR terdiri daripada Seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta 5 Ahli Yang Lain.

Ahli SPR ini dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri Malaysia. Mereka boleh memegang jawatan sehingga usia mencecah 65 tahun, namun demikian mereka boleh melepas jawatan berhenti pada bila-bila masa dengan menulis surat melepaskan jawatan berkenaan.

Dalam hal ini, pemecatan ahli - ahli SPR boleh dibuat oleh YDPA atas nasihat PM.

Secara ringkas SPR dalam perlembagaan negara di berikan 8 fungsi utama antaranya mentadbir perjalanan pilihanraya di Malaysia, mendaftar pemilih baru, mewarta keputusan pilihanraya, mengurus undian POS.

Justeru, sebagai sebuah badan dalam perlembagaan yang berintegriti. SPR mempunyai piagam pelanggan tersendiri. Maka pelanggan utama SPR adalah parti-parti politik dalam negara. Sewajarnya SPR melayan parti-parti berdaftar dalam negara secara adil dan saksama.

Muktahir ini, sikap dan gelagat Pengerusi SPR dan Timbalannya yang nampak bermusuh dengan pembangkang. Memberi gambaran cerminan SPR sudah tidak telus dan cekap seperti slogannya.

Semalam Timbalan Pengerusi SPR , mendakwa bahawa data SPR dibungkus dengan kabel optik yang kebal dan kalis penggodam.

Nampaknya lain yang dibangkitkan lain pula yang dijawabnya. Ini adalah spesis kepala masuk air sememangnya payah untuk di bawa berunding. Lain persoalan lain pula jawapannya.

Semua rakyat tahu apa yang pembangkang bangkitkan dan inginkan. Pemutihan status pengundi pertindihan nama, kemasukan luar biasa pemilih di setiap negeri. Semuanya dibuktikan, itulah yang dikehendakki oleh rakyat.

Bukannya pembangkang memanipulasi data dalam SPR. Kita tahu bawah Umno Apco data disimpan dan dibungkus dengan kabel optik namanya kabel kebal. Namun semua orang tahu yang membuat sistem, yang menjalankan sistem , yang memasukkan data dalam sisitem adalah SPR sendiri.





Pangkalan data pemilih SPR kebal
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/08/15

pix_gal0
e-SPPST tak boleh diceroboh

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai sistem pangkalan data pemilih yang kebal dan tidak boleh diceroboh oleh mana-mana pihak untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi seperti mana didakwa pembangkang.
Menerusi Sistem Pendaftaran Pemilih Sepanjang Tahun (e-SPPST) yang digunakan SPR sejak 2002 itu, ia boleh mengesan cubaan pihak tertentu untuk mendaftar warga asing sebagai pemilih, sekali gus menyekat pendaftaran berkenaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata hakikatnya tiada ruang untuk pihak tertentu menipu seperti mana didakwa pembangkang dan SPR sentiasa memantau serta membersih senarai pemilih dari semasa ke semasa.
“Sistem diguna pakai sejak 2002 ini kalis penipuan dan tidak akan membenarkan sesiapa saja yang tidak layak menurut Perlembagaan didaftar sebagai pemilih. Melalui pengesanan angka 12 digit bukan warga negara cuba didaftar sebagai pemilih akan dikesan serta disekat.


“Bukan itu saja, sistem ini juga hanya boleh diakses oleh warga negara saja, jadi dakwaan bahawa SPR terbabit dengan cubaan mendaftar warga negara asing sebagai pemilih itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas yang dibuat tanpa merujuk kepada SPR terlebih dulu.


“Saya nasihatkan parti politik jika ada satu penemuan yang boleh mengundang kesangsian datang jumpa SPR dan kita boleh bagi penjelasan. Jangan cepat buat rumusan tidak benar semata-mata mahu menarik perhatian rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sebelum ini, pembangkang melalui beberapa portal berita melaporkan seorang warga negara Indonesia dikenali sebagai Mismah, 47, didakwa mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam dan diupah oleh Barisan Nasional (BN) supaya mendaftar sebagai pengundi.

Sehubungan itu, Mismah tampil memperbetulkan keadaan sekali gus menyangkal dakwaan pihak pembangkang bahawa wujud konspirasi antara Jabatan Penerangan Negara (JPN) dan SPR bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Sementara itu, Wan Ahmad berkata, SPR sentiasa mengalu-alukan pertemuan dengan mana-mana parti politik untuk berbincang dan mengemukakan sebarang permasalahan bagi mencari jalan penyelesaian yang boleh memuaskan hati semua pihak.


“Sekiranya sah seseorang itu tidak layak untuk mengundi kita akan keluarkan daripada senarai pemilih, sehingga kini dalam daftar pemilih kita ada 12.3 juta pengundi,” katanya.

No comments: