Monday, August 15, 2011

Setakat bawang sahaja, boleh senarailah aje

Setakat umum 3 jenis bawang masuk barang kawalan. Maka Menteri Hal Ehwal Pengguna sudah berbangga dengan tugas dan tanggungjawabnya.

Maka berkatalah anak penulis yang beru mengenal menteri dan mulai memahami perjalanan politik kepartian negara. Tidak ada guna dan faedahnya maka kita rakyat menggajikan menteri dengan 'upah' yang mahal jika harga bawang sahaja yang terkawal. Maka dalam terkawal pun bawang sahaja yang nampak berjaya.

Maka industri bawang akan menjadi makanan ruji masyarakat Malaysia menggantikan beras/nasi. keluarlah industri hiliran spt sup bawang, bawang celup tepung, bawang popia, bawang cecah lada dan bermacam-macam lagi.

Maka lain-lain barang lama kelamaan akan jatuh harga.



Harga tiga jenis bawang turut dikawal
























HARGA bawang besar, bawang putih dan bawang merah akan disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2011. – Gambar hiasan


BERA – Tiga lagi barangan keperluan iaitu bawang merah, bawang putih dan bawang besar disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2011, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Barang yang disenaraikan sebelum ini ialah daging lembu tempatan, daging lembu import, telur gred A, B dan C, ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, kobis bulat import, cili merah, tomato, kelapa parut, kacang tanah import, ikan kembung dan kentang.

Ismail Sabri berkata, barangan tersebut disenaraikan kerana ia dilihat akan menjadi keutamaan kepada orang ramai semasa musim perayaan nanti.

“Kawalan harga barang itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu iaitu bermula dari 22 Ogos hingga 5 September 2011,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan di rancangan Felda Rentam, Bera di sini semalam.

Menurut beliau, kerajaan juga memberi jaminan bahawa barangan keperluan sempena sambutan Aidilfitri nanti mencukupi dan semua pemborong telah diminta memastikan barangan seperti bekalan ayam, daging, kelapa serta minyak masak mencukupi di pasaran.

No comments: