Thursday, August 18, 2011

Kebohongan Umno sama besar dengan orang yang berbohong juga


Adalah tidak manis kemelut berkenaan pengundian POS membabitkan tentera menyeret Panglima ATM untuk berdepan dengan rakyat.

Semua ini adalah gara-gara salah SPR yang tidak menjalankan peranannya sebagai pengadil yang adil membabitkan proses pilihanraya di negara ini.

Pengerusi SPR dan timbalan berserta 5 ahli jawatankuasa (seperti carta di atas) harus bertanggungjawab penuh mengenai isu ini.

Ibarat penukul dan paku SPR memandirkan diri, akan mencari sesiapa sahaja. Terbaru adalah menyeret panglima ATM sebagai juru cakap.

Malanglah di Malaysia, semakin ramai yang berbuat dosa di bulan puasa kerana berbohong. Sudahlah SPR berbohong, menteri-menteri bercakap bohong, ramai yang ikut berbohong semuanya kerana Umno.

Justeru banyaklah dosa-dosa Umno dan mereka yang seperti Umno ikut berbohong bagi menjaga kebohongan Umno itu.





Panglima ATM nafi wujud penyelewengan undi pos tentera 2011/08/18

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera semalam bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Dalam sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, sebentar tadi, Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.
Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.
"Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.
"Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas," katanya

No comments: